Showing posts with label detox. Show all posts
Showing posts with label detox. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Menu Sihat : Kerabu Ayam

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Dua hari OV tak dapat bersiaran. Ada yang tertunggu-tunggu artikel OV? 

Okay baiklah, hari ni OV nak kongsu resepi sihat yang sangat sesuai untuk mereka yang nak kurus dan dapat khasiat seimbang dan juga untuk mereka yang nak eat clean. 

Memandangkan hari ini OV penat lepas program Korban di sekolah, jadi OV fikirkan menu yang ringkas tapi sihat. 


Menu Eat Clean : Kerabu Ayam.

Bahan-bahan :

1. Ayam
2. Daun ketumbar (ricik halus) 
3. Tomato (potong dadu) 
4. Air asam jawa
5. Limau kasturi
6. Garam (hujung sudu kecil aiskrim Baskin Robin tu) 
7. Bawang merah (dipotong nipis) 

Cara-cara :

1. Rebus ayam hingga empuk. Kemudian carikkan. (guna bahagian dada lagi best) 

2. Dalam satu bekas yang lain, campurkan daun ketumbar, bawang merah dan air asam jawa. Mesrakan mereka semua, berkenal-kenalan jangan sombong sangat. 🤭

3. Racikkan ayam, masukkan dalam bekas yang ada campuran daun ketumbar, tomato, bawang dan air asam jawa. Perahkan limau kasturi dan letakkan garam. Gaul bagi mesra.

4. Letakkan dalam mangkuk cantik-cantik, ambil gambar, post dalam SocMed, baru makan. 🤭



Inilah hasilnya.

Senang, cepat dan sihat. Itu yang penting. 

Okay, selamat ketemu dalam next entry.

Friday, July 20, 2018

Bagaimana Resveratrol Mengurangkan Risiko Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum wbt semua! 

Apa khabar? Salam sayyidul ayyam (penghulu segala hari) saya ucapkan buat kota semua. Jangan lupa baca al-Kahfi ye.

OV doakan semoga semua sihat sejahtera dan bahagia selalu di samping insan tersayang. 

Semalam OV dah tulis artikel bagaimana nak bagi badan bertenaga. Jadi harini OV akan tulis tentang bagaimana Vivix Shaklee membantu masalah tekanan darah tinggi.

Apa Itu Tekanan Darah Tinggi?


Tekanan darah tinggi atau hypertension (hipertensi) merupakan perkara yang sama.

Ianya berlaku bila tekanan darah pada pembuluh darah meningkat. Lebih menyeramkan bila tekanan darah merupakan penyakit yang dikategorikan sebagai pembunuh senyap.

Punca Berlakunya Penyakit Tekanan Darah Tinggi. 


👉 Kerap mengambil banyak garam dan makanan berminyak. 

👉Mempunyai berat badan yang berlebihan. 

👉 Kurang makan buah dan sayur. 

👉 Jarang bersenam. 

👉 Minum minuman yang berkafien. 

👉 Stress. 

👉 Minum minuman keras.

👉Mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi  

Petanda di serang Penyakit Tekanan Darah Tinggi. 


1) Pening atau sakit kepala

2) Jantung berdebar

3) Kencing berdarah

4) Penglihatan kabur

5) Kerap keletihan

Boleh rujuk tahap kesihatan bacaan darah di sini.

Penyakit Lain yang Akan Timbul Akibat Darah Tinggi. 

  • Pembuluh darah rosak. 
  • Sakit jantung
  • Rabun / buta mata
  • Jantung tidak stabil
  • Buah pinggang gagal berfungsi 

Bagaimana VIVIX Membantu Pesakit Darah Tinggi?


  1. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida, LDL dan lemak berlebihan di dalam darah. 
  2. Resveratrol dalam Vivix berperanan sebagai "pembersih pembuluh darah"  
  3. Vivix juga membantu menurunkan kepekatam darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah. 
  4. Resveratrol dalam Vivix juga mencegah terbentuk keradangan pada pembuluh darah, mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh badan dan  mencegah penyakit berkaitan saluran jantung.

Testimoni Vivix Membantu Mengatasi Masalah Tekanan Darah Tinggi. 



Testimoni 1 : Darah Tinggi Kembali Normal Selepas Detox. 


Testimoni 2 : Selepas Konsisten Vivix, Bacaan Tekanan Darah TURUN! Dari 200 ke 155!


Testimoni 3 : Mak Ada Hipertensi Sampai Tahap Kena Warded Bila Hipertensi Jadikan Mak Strok. Sekarang, Muka Mak Kembali Berseri, Badan Lebih Cergas Selepas Amalkan Vivix. 


Testimoni 4 : Wife Ada Darah Tinggi, Tapi Berubah Dah Tak Pening dan Tak Mengah Turun Naik Tangga Selepas Konsisten Vivix. 


Berapakah Harga Sebotol Vivix?


Harga Retail bagi sebotol Vivix berserta postage ialah RM485.00. Anda boleh membuat belian secara terus dengan cara klik icon di bawah. 

Klik icon ni untuk terus beli Vivix ya.


TETAPI, 

Jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membeli Vivix dengan harga ahli, anda boleh mendapatkan harga penjimatan sehingga 20%.



JUGA,

Anda boleh beli 2 botol Vivix hanya dengan harga RM760 SAHAJA, sekaligus berserta PERCUMA KEAHLIAN, PERCUMA PENGHANTARAN, CASH REBATE SEBANYAK RM38 PADA BULAN HADAPANNYA

Juga boleh klik di bawah, untuk pendaftaran ahli. 


Di Mana Saya Boleh Dapatkan Vivix?


Pastikan anda dapatkan Vivix berserta konsultasi yang eksklusif daripada PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH seperti OV.

Boleh terus hubungi OV di WhatsApp, 0148516241 atau klik sahaja icon di bawah ini untuk terus contact OV.


Penafian. 

Penafian ini berkaitan blog/laman web milik Ostajah Vitamin yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. 

Saya bukanlah doktor mahupun pakar perubatan dan saya ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor atau pakar pemakanan  mahupun dianggap sebagai preskipsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor berkaitan untuk diagnosis dan rawatan susulan.

Memandangkan saya ada menyertakan testimonial pengguna produk yang disarankan, sila ambil perhatian bahawa kisah yang dikongsi oleh pengguna tidak pernah sesekali disarankan mahupun disahkan oleh pihak pembuatan produk berkenaan. Maklumat dalam blog/laman web ini bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sumber pendidikan sahaja, bukan sebagai nasihat perubatan.

Tiada claims, guarantee, warranty atau assurance yang dijanjikan. Kisah yang disertakan bukan bermaksud untuk digunakan untuk diagnos atau rawatan penyakit, kecederaan atau dalam apa jua sekali pun menggantikan diagnosis dan rawatan perubatan. Maklumat yang terkandung dalam blog/laman web adalah sah untuk menyarankan penggunakan vitamin dan mineral untuk menjauhi sebarang ketidak-cukupkan vitamin dan mineral dalam badan. Penulis dan pengedar berkaitan tidak bertanggungjawab untuk sebarang misinterpretasi atau salah guna maklumat dalam blog/ laman web ini.

Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit, sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor dan pakar nutrisi/pemakanan anda.



Friday, May 4, 2018

Kenapa Kita Perlu Detox?

Assalamualaikum wbt semua. 

Berjumpa lagi dalam entri yang ketiga Ostajah Vitamin. 

Kali ini, Ostajah nak kongsi tentang topik perbualan majoriti wanita, "Kita nak kurus, jadi kita senam je lah. Kenapa nak kena detoks?" 


Sebelum kita buat sesuatu, kita kena tahu sebabnya, kan? Jadi kita lebih jelas matlamat dan tujuan kita buat sesuatu.

Okay, mari kita semak, selain daripada kita bersenam dan jaga makan, kenapa kita perlu detoks.

Kenapa Kita Perlu Detoks?

1. Menyingkirkan logam berat terutamanya plumbum dan merkuri dari badan. 

Dalam tak sedar, badan kita mengandungi plumbum dan merkuri yang mana berpunca daripada persekitaran dan juga makanan kita sendiri.

Contoh makanan yang tinggi kandungan merkuri seperti ikan sebelah, ikan pari dan ikan bawal. Haaaaaa jaga-jaga kawan-kawan. Masa makan, memang semua sedap. Bila sakit, kita saja tau yang tanggung rasa tu.

Sedapnya ikan pari masak asam pedas. Tapi hati-hati kawan. Kandungan merkuri pada ikan pari. 

2. Menyucikan organ dalaman kita terutamanya hati, ginjal dan otak daripada toksin. 

Saaaangat penting untuk kita jaga kesihatan dan pemakanan kita. Bila lewat tidur, ia mungkin akan menyebabkan kerosakan pada hati, sebab hati kita mula memproses toksin untuk dibuang sekitar jam 10.00pm. Kalau kita tidur lambat, macam mana proses pembuangan toksin nak berlaku dengan lancar?

Itu belum masuk bab makan macam-macam, macam-macam warna masuk dalam badan, tapi air kencing maintain warna putih. Kemana warna-warna tadi pergi? Pernah tak kita terfikir tentang itu?

Saya pernah berjumpa dengan seorang lelaki, mengalami masalah hati. Muda lagi, berumur 31 tahun, baru setahun berkahwin dan belum mempunyai anak. 

Penyakit hari ini, dia tak kenal usia tau. Muda atau tua bukan ukuran nak dapat penyakit. Ukurannya, jaga atau tak jaga makan.

3. Detoks membantu memperkuatkan bakteria baik di dalam usus. 

Tahu tak kita, bahawa badan kita sangat memerlukan bakteria baik dalam badan untuk membantu sistem penghadaman badan kita berjalan lancar? 

Apakah fungsi bakteria baik pada badan kita? 

Bakteria baik bukan sahaja membantu menghasilkan nutrien seperti vitamin, tetapi juga mmebantu badan kita menghadamkan makanan yang dimakan.

Boleh bayangkan, bagaimana jika usus kita kotor, tak pernah dibersihkan. Bagaimana bakteria baik nak wujud? Bagaimana bakteria baik ni mampu nak bagi manfaat pada badan kata usus kita kotor?

Dah cuci usus dengan pil Herblax Shaklee? 

Sebab itu, kita perlu "bersihkan" usus melalui proses detoks agar sistem penghadaman berjalan lancar. 

4. Sistem imun dapat dicaj semula melalui proses detoks. 

Sistem imuniti badan adalah untuk menjaga badan kita daripada serangan kuman, toksin, bakteria dan parasit misalnya. 

Bagaimana sistem imuniti kita

Sebagai contoh, hidung mengeluarkan mukus yang mengandungi enzim  yang bertindak sebagai dinding memecahkan sel bakteria. 

Mulut kita pula, menghasilkan air liur yang mengandungi anti-bakteria. 

Tapi, jika badan kita sendiri kotor, tak pernah dibersihkan, bagaimana sistem imuniti badan nak melindungi kita? 

5. Proses detoks juga secara tak langsung membantu membuang parasit. 

Seperti yang kita sedia maklum, parasit ni adalah sejenis hidupan yang hidup dalam badan kita, yang hisap nutrisi badan kita, hingga satu tahap, kita boleh mati kerana ketiadaan nutrisi.

"Eh, macam mana pula tak ada nutrisi? Saya makan buah, makan makanan seimbang. Macam mana nutrisi boleh tak ada?" 

Parasitlah yang dah sedut-sedut segala khasiat yang sepatutnya disalurkan kepada badan kita.

Cuba tengok gambar di bawah, mana tau kita sebenarnya diserang parasit dalam keadaan kita tak sedar. 



Okay, sampai di sini dulu perkongsian Ostajah. Insya Allah lepas ni Ostajah akan sambung dengan 5 jenis detoks yang terbaik. 

Jumpa lagi entri akan datang. Assalamualaikum wbt 😊

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...