Showing posts with label tips bisnes online. Show all posts
Showing posts with label tips bisnes online. Show all posts

Friday, July 13, 2018

5 Jenis Cash Bonus dalam Bisnes Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Tahniah buat seluruh Shaklee Independent Distributors sebab dapat gaji secara cash dalam account masing-masing dua hari awal dari yang Shaklee janjikan. Ini sebenarnya yang membuatkan kita seronok, dapat imbuhan awal dari tarikhnya.

Semalam baru cakap pasal 3C yang Shaklee bagi.

Jadi dalam entri harini, OV nak kongsikan dengan anda jenis-jenis bonus Shaklee yang termasuk dalam kategori CASH.

Pertama: Untung Runcit.


Untung runcit ialah perbezaan harga jual dan harga ahli. Tak kira jual apa vitamin sekalipun, seorang ahli Shaklee tersebut berhak untuk mendapatkan untung runcit sekitar 15%-30%.

Bila jadi ahli, kita beli dengan harga RM 75, dan kita jual dengan harga RM 100. Dah dapat untung runcit RM 25.00. Fuh, lepas beli barang dapur untuk 2 hari tu.

Kedua: Personal Bonus.


Personal Bonus ialah bonus peribadi kiat sendiri, berdasarkan sales yang SID itu jalankan.



Ketiga: Net Personal Bonus.


Untuk menikmati Net Personal Bonus, syarat yang paling utama ialah seseorang itu perlulah mempunyai downline, sama ada downline mereka konsisten mengamalkan vitamin atau downline mereka aktif berbisnes.



Keempat : Leadership Bonus.




Kelima : Insentif Khas.


Insentif ini Shaklee berikan khas kepada Shaklee Independent Distributor yang sudah mencapai tahap Coordinator dan ke atas.



Seronok kan dengan insentif-insentif yang Shaklee bagi? Syaratnya cuma satu, dia mestilah ahli Shaklee yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan bisnes Shaklee.

Belum jadi ahli lagi? Boleh DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE DI SINI.

Untuk sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk hubungi OV di 014-8516241 atau klik sahaja icon di bawah


Tuesday, July 10, 2018

Cara Menjadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Assalamualaikum wbt.

Ramai yang mengeluh bila sdengar,

"Daftarlah jadi ahli Shaklee. Nanti boleh beli vitamin dengan harga murah!"

Tapi, mereka tak tahu, untuk menjadi ahli Shaklee ada dua cara yang OV akan share di bawah. Tapi sebelum tu OV nak tanya, awak dah tahu ke apa kelebihan menjadi ahli Shaklee?

5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee yang Ramai Tak Tahu.

  • Boleh membeli produk dengan dengan harga ahli (penjimatan sekitar 15%-30% daripada harga retail)
  • Boleh mengumpul point dan point pembelian boleh ditukar kepada wang tunai setiap bulan.
  • Tak perlu susah-susah bersesak-sesak ke Home Office atau cawangan untuk mendapatkan stok. Boleh beli online sahaja dan penghantaran pula sangat cepat.
  • Ahli Shaklee juga berpeluang untuk menjana pendapatan, di samping menjaga kesihatan seisi keluarga
  • Layak untuk mendapat CASH (bonus & insentif), CAR (insentif kereta dalam bentuk wang tunai) dan juga CONVENTION (percutian antarabangsa yang bertaraf 5 bintang atau pun menunaikan umrah bagi yang beragama Islam)


Bagaimana Cara Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee?

Yuran mendaftar sebagai ahli Shaklee hanyalah RM65.00 dan postage Membership Kit sebanyak RM10.00 (Semenanjung/Sabah/Sarawak). Jumlah yang perlu dibayar untuk pendaftaran ahli ialah RM75.00.

Inilah yang dinamakan sebagai Membership Kit. Semua ahli yang baru mendaftar akan memdapat Membership Kit ini.

Zaman semua benda di hujung jari. Nak daftar jadi ahli pun online sahaja. Roger je OV nanti OV guide. 😉

Jika ingin mendaftar sahaja dahulu, kemudian baru beli vitamin, pun boleh.

Jika ingin mendaftar dah beli vitamin, selepas anda siap mendaftar sebagai ahli, anda boleh terus log in ke laman web Shaklee2u dan selamat shopping!


Ada Tak Cara Saya Boleh Ahli Shaklee SECARA PERCUMA?


ADA! Dengan pembelian yang mencapai 200 points, anda akan dapat daftar keahlian secara percuma BERSERTA cash back yang akan masuk dalam akaun bank anda pada 15hb bulan hadapannya.

Contoh, anda membeli 2 botol Vivix, anda akan dapat keahlian secara percuma (jimat RM65.00), penghantaran Vivix ke rumah juga percuma (jimat RM10) dan bulan depannya, anda akan dapat cash back yang mana akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda oleh Shaklee sebanyak RM38. Total jimat, RM113.

Best tak?


Boleh ke Kalau Daftar Sendiri Jadi Ahli Shaklee Secara Walk- In?


Boleh. Anda boleh WhatsApp saya untuk mendapatkan borang. Kemudian, borang tersebut bolehlah di print out dan isikan segala maklumat anda secara lengkap.

KLIK DI SINI UNTUK MINTA BORANG KEAHLIAN SHAKLEE

Paling penting, lengkapkan bahagian SPONSOR INFORMATION/MAKLUMAT PENAJA dalam borang tersebut seperti gambar di bawah.

Ini maklumat penting yang anda perlu isi. Kalau anda tak isi bahagian ni, anda tak dapat jadi ahli Shaklee tau. 

Borang yang telah lengkap boleh terus dihantar ke cawangan Shaklee yang berikut. Pembayaran pendaftaran sebagai ahli juga boleh dibuat secara langsung di kaunter.

Dah selesai daftar, laju-laju hubungi OV di 014-8516241 untuk saya kongsikan tips-tips menarik (Jadual Makan, Cara Makan, Pantang Larang, Cara Jana 5 Angka dengan Shaklee dan banyak lagi!)


Tunggu Dulu... Ada Promosi Menarik Untuk yang Mendaftar Sebagai Ahli Bulai Julai Ni!


Ketika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee pada bulan ini, anda perlu membayar yuran keahlian sebanyak RM75 (Memberkit Starter dan Postage).

Dan, anda akan mendapat e-Voucher sebanyak RM30 yang mana boleh ditebus dalam pembelian vitamin anda.

Jimat, bukan?

Jangan ketinggalan promosi best ni! 

Promosi daftar keahlian dan dapat pulangan secara voucher sebanyak RM30 hanyalah untuk ahli Shaklee baharu bulan Julai 2018.


Jadi tunggu apa lagi? Hubungi Asy di 014-8516241 untuk sebarang bantuan.

Sunday, May 13, 2018

Aktiviti Tambah Ilmu dan Tambah Kawan bersama Team Stargazer.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah dua hari bercuti bersempena pembentukan Kerajaan Malaysia yang baharu, kami juga telah memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan anjakan paradigma dalam memperkukuhkan bisnes kami.

Jam 7.35am dah bergerak nak pergi kelas. Yeahhh! 

Kelas Bisnes Shaklee : "Bina StoryBrand Melalui Blog" di Ara Eventhall Gaya Melawati, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dapat juga saya datang di Ara Eventhall untuk tambah ilmu. Apa yang paling buat saya laaaaagi gembira, anak-anak buah saya yang aktif bisnes pun, ada sekali turun padang. 

Sebenarnya, merekalah kekuatan saya nak join sekali kelas bina bisnes dengan blog ni. Takkanlah anak-anak bisnes je ada. Mak bisnesnya tak ada. Tak syoklah macam tu.

Dari kiri, Najihah, OstajahVitamin, Che Norhafizah. 

Ilmu Bina Bisnes dengan Blog yang Berbaloi!

Yuran yang dikenakan hanyalah RM55.00 sekepala. Kelas bermula dari jam 9.30am sehingga 4.30pm.

Ilmu yang kami dapat? 

Banyak, tak terkira!

Bagaimana Bina StoryBrand di Blog. 

The Power of SEO. 

Makan pun, banyak jugak. 🤭🤭🤭 Tak sempat lapar rasanya semalam. Lupa pulak nak ambil gambar makanan semalam, sebab seronok bersembang dengan kawan-kawan. 

Suasana Kelas di Ara Eventhall.

Antara kemudahan yang dusediakan di Ara Eventhall ialah :
  • Percuma Wifi
  • Kelas yang ber-aircond
  • Kelas yang besar dan selesa 
  • Kemudahan PA system dan LCD juga bagus. 
  • Ada tandas dan surau dalam kelas. 
  • Dinding-dinding yang penuh dengan quote. Elok sangat untuk bergambar. 
  • Ruang makan yang minimalist. 

Pendek kata, daripada 5 bintang, Ostajah Vitamin bagi 4.5 bintang.
Hanya ada tangga untuk naik ke tempat seminar. Tidak mesra stroller bagi ibu-ibu yang bawa stroller. 
Kelas kami sebelum semua mula datang. 

Breakfast 

Cantik kan tempat makan dia? Layan je. Tapi, mejanya tak berapa kukuh tau 🤭

Suasana dalam kelas. Cantik kan? 
Sebab ada banyak quote, menjadikan kami gila bergambar sejam. 🤭

Bersama Team Stargazer yang Happening!


Alhamdulillah. Selain daripada dapat ilmu, kami juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli, yang selama ni kami keep in touch secara maya sahaja.

Mentang-mentanglah sekarang dunia alam maya lebih mendominasi dari dunia sebenar, kan? Bila sesekali dapat jumpa secara real dengan mereka, memang seronok!
Kesemua peserta yang berkomitmen tinggi datang ke kelas. 

Part of my beloved team - iVital! 

Sebelah saya yang pakai shawl bunga-bunga itulah mentor saya, KekLin namanya. 

Team Stargazer dari Muar. Semangat betul diorang! Cemburu dengan semangat tu! 

Bersama sidelines Stargazer. 

Okay, sampai sini dahulu yang nak dikongsikan. Insya Allah, ada banyak lagi yang Ostajah Vitamin nak kongsi dalam entri-entri akan datang.

Jangan jemu follow tulisan Ostajah ye. 😁😁😁

Jumpa lagi di lain entri.

Assalamualaikum wbt 😊


Tips Bina Bisnes Dengan Blog.

Assalamualaikum wbt. 

Semalam, Ostajah Vitamin join kelas Bina StoryBrand Melalui Blog yang dianjurkan oleh upline Ostajah Vitamin, iaitu Neni Harlina Chalo. 

Jadi hari ini, Ostajah Vitamin nak kongsikan sedikit tentang ilmu berharga yang Ostajah Vitamin dapat daripada kelas semalam.

Inilah kelas yang Ostajah Vitamin join semalam. 

Bagaimana Nak Bina Bisnes dengan Blog Ni Sebenarnya?

Sebenarnya, bagi pendapat Ostajah Vitamin, nak bina bisnes melalui blog bukanlah begitu susah, tapi perlu ada ilmu.

Sebab, kita perlu ingat. Blog yang kita tulis untuk suka-suka dan blog yang kita tulis untuk bisnes, lain gaya penulisan yang perlu kita aplikasikan. 

Ada dua perkara penting yang perlu kita pegang untuk menjalankan perniagaan melalui medium blog, iaitu :

1- StodyBrand yang Baik Untuk Bisnes Menggunakan Blog 

StoryBrand di sini bermaksud bagaimana kita merangka jalan cerita blog untuk kita menarik bakal pembeli kita. 

Kena tahu apa masalah bakal pembeli, apakah avatar bakal pembeli dan juga apakah penyelesaian yang boleh kita cadangkan kepada mereka. 

Oh ya, lagi tips!

Janganlah asyik tulis artikel menjual sahaja. Orang pun muak, ye dak? Kena ada strategi yang betul, berapa kali seminggu nak tulis artikel menjual. 

Kena selang-selikan juga dengan artikel-artikel santai. Barulah secara tak langsung kita membina hubungan dengan pembaca. Kan? 

Siap dapat jadual lagi,untuk  tajuk yang kita nak tulis dalam blog, dalam masa 30 hari! BEST! 


2- SEO @ Keyword yang Digunakan dalam Penulisan Blog. 

SEO adalah ringkasan bagi SEARCH ENGINE OPTIMIZATION. Atau bahasa ringkasnya ialah, apa kata kunci yang perlu kita gunakan dalam menulis blog. 

Sebelum menulis blog, kita perlu tahu keywords yang kita nak guna. Ramai sebenarnya yang tak faham, nak guna keyword apa yang sesuai? 

Ok, tips mudahnya, kita letakkan diri kita sebgaai pelanggan yang ada masalah. Apa yang kita akan taip di Google untuk kita cari penyelesaian masalah kita. 

Haaaa, faham tak?

"Saya Ada Anak Kecil, Tak Sempatlah Nak Taip Blog untuk Bisnes Saya."


Terpulang kepada diri masing-masing. Setiap daripada kita, ada pilihan untuk guna medium apa yang sesuai dengan diri kita.

Tambahan pula, sekarang zaman teknologi di hujung jari. Selain blog, kita boleh gunakan Instagram atau Facebook.

Cuma kelebihan blog, dia menghasilkan keuntungan dalam jangka masa yang panjang. Bukanlah boleh terus cepat kaya, cepat dapat customer kalau hari ni kita menulis satu entri.

Ibaratnya, kita menanam pokok durian. Mengambil masa yang lama untuk berbuah, tapi hasilnya sangat menguntungkan.

Jadi, dah pilih medium anda?

Nak tahu lebih lanjut macam mana nak conquer bisnes Shaklee menggunakan blog?

Boleh hubungi Ostajah Vitamin, dengan klik icon Whats App di bawah ni ye.

Klik sini ya untuk terus hubungi Ostajah Vitamin. 

Setakat ini dulu coretan Ostajah Vitamin  Terima kasih kerana membaca contengan ini. Jumpa lagi di lain entri.

Assalamualaikum wbt. 😊

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...