Thursday, July 4, 2019

Vitamin C dan Diabetis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis. 

Bagaimana dengan Mengamalkan 1000mg Vitamin C Setiap Hari Dapat Membantu Pesakit Diabetis?


  • Kawal paras glukosa dan mencegah komplikasi diabetis. 
  • Membantu membalikkan masalah rintangan insulin yang menjadi punca diabetis jenis 2 ini. 
Ini berdasarkan laporan kajian yang baru di terbitkan dalam Journal Diabetes, Obesity and Metabolism tahun 2019.

Berdasarkan kajian yang dilaporkan oleh Deakin University telah menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin C dengan dos 500mg dua kali sehari (total 1000mg sehari) membantu pesakit diabetes jenis 2 menurunkan paras glukosa darah mereka sepanjang hari dan mengurangkan pemuncakan glukosa darah selepas makan.

Kajian ini juga menunjukkan vitamin C juga membantu menurunkan paras tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara umumnya. Kajian ini mendapat geran daripada Diabetes Australia Research Trust.

Kesan Pesakit Diabetis yang Konsisten Mengamalkan 1000mg Vitamin C Setiap Hari.

Menurut ketua penyelidik Assoc Prof. Glenn Wadley daripada Deakin’s Institute for Physical Activity and Nutrition, kajian ini menunjukkan 36% peserta kajian mengalami penurunan paras glukosa darah selepas makan dengan pengambilan suplemen vitamin C ini. Ini mendedahkan mereka kurang tiga jam sehari kepada paras hiperglisemia (glukosa darah tinggi) yang mana ini akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular di kalangan pesakit diabetes.

Kesan daripada kajian ini memberikan satu impak yang positif kepada 1.2 juta penduduk Australia yang mempunyai masalah diabetes. Kajian ini juga menunjukkan bacaan tekanan darah tinggi menurun selepas mengambil pil suplemen vitamin C yang diberikan kepada peserta kajian dengan kedua-dua paras sistolik dan diastolik menurun.

Vitamin C yang di ambil adalah 1000mg sehari iaitu 10 kali ganda daripada kadar RDA yang biasa di sarankan sebelum ini. Vitamin C adalah satu bahan anti oksidan yang kuat yang melawan paras tinggi radikal bebas yang didapati dalam tubuh pesakit diabetes dan penemuan kajian ini sangat menggalakkan kerana ia boleh membantu pesakit diabetes mengawal kedua-dua masalah iaitu paras glukosa dan tekanan darah tinggi yang selalu mereka hidapi.

Aktiviti fizikal, pemakanan yang baik dan ubat-ubatan anti diabetes adalah penjagaan standard yang diterapkan untuk mengawal penyakit diabetes dan banyak juga pesakit masih gagal mengawal paras glukosa mereka dengan baik. Penemuan kajian ini menjadi satu bukti bahwa pengambilan suplemen vitamin C adalah satu kaedah yang murah, mudah dan efektif sebagai rawatan tambahan untuk merawat masalah diabetes dan menambahbaik kawalan paras glukosa darah.

"Boleh ke Saya Makan Vitamin C Je dan Tak Makan Ubat Doktor?"

Berpandukan nasihat daripada Dr Norman Norawi, beliau menasihatkan kepada para pesakit diabetis untuk terus tetap makan ubat doktor perlu dimakan mengikut jadual dan dos yang ditentukan oleh pihak hospital. 

Ini kerana supplements ialah makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi bukanlah untuk menggantikan ubat doktor yang diberikan. Vitamin C hanya suplemen tambahan untuk membantu mengawal glukosa dengan lebih baik. 

Promosi Beli 3 Botol Vita-C Plus, PERCUMA 1 Botol Chewable-C Plus.


Berita baik untuk peminat setia Vitamin C Plus Shaklee atau anda yang mahu ikhtiar kesihatan yang lebih baik dengan Vita-C Plus Shaklee, bulan ni Shaklee buat promosi tau.

Beli 3 botol Vita C Plus, RM 292.50 



Berminat Nak Grab Promosi Vitamin C? Apa Lagi, Contact Asy Sekarang!


Boleh klik di bawah, untuk pendaftaran ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 20% untuk pembelian vitamin setelah menjadi ahli!


Pastikan anda dapatkan Vita-C Plus Shaklee berserta konsultasi yang eksklusif daripada PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH seperti OV.

Boleh terus hubungi OV di WhatsApp, 0148516241 atau klik sahaja icon di bawah ini untuk terus contact OV.



Kredit Sumber Asal daripada Dr Norman Norawi MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE. Boleh klik SINI untuk Status yang Asal.


Sumber Rujukan :


1. Shaun A. Mason Bodil Rasmussen Luc J.C. van Loon Jo Salmon Glenn D. Wadley. Ascorbic acid supplementation improves postprandial glycaemic control and blood pressure in individuals with type 2 diabetes: Findings of a randomized cross‐over trial. Diabetes, Obesity and Metabolism, Volume21, Issue 3, March 2019, Pages 674-682

2. Tamari, Y, Nawata, H, Inoue, E, et al. Protective roles of ascorbic acid in oxidative stress induced by depletion of superoxide dismutase in vertebrate cells. Free Radic Res. 2013; 47: 1‐ 7.

3. Frei, B, England, L, Ames, BN. Ascorbate is an outstanding antioxidant in human blood plasma. Proc Natl Acad Sci USA. 1989; 86:6377‐81.

4. Houstis, N, Rosen, ED, Lander, ES. Reactive oxygen species have a causal role in multiple forms of insulin resistance. Nature. 2006; 440: 944‐ 948.

Wednesday, July 3, 2019

Promosi Twin Pax Vivix Untuk Ahli Baru

Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi dalam blog OV. 

Harini OV nak share promosi best untuk yang belum jadi ahli Shaklee. Ada banyak promosi best sebenarnya tapi let's OV share one by one ye. 

Promosi Twin Pax Vivix Untuk Ahli Baru Shaklee. 


Wehhuuuuu ni promosi paling best gila dan paling ditunggu ramai tauuu. Vitamin premium Shaklee yang ramai sangat peminatnya seantero dunia.



Siapa yang Boleh Dapat Promosi Twin Pax Vivix Ni?

Khusus untuk mana-mana warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas yang belum menjadi ahli Shaklee.

Apa Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee dengan Pembelian Twin Pax Vivix?

  • Dapat percuma keahlian yang bernilai RM65.00
  • Dapat percuma penghantaran Vivix bernilai RM10.00 sama ada ke Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.
  • Dapat diskaun serta-merta sebanyak 10% daripada harga asal Twin Pax Vivix, RM76.00
  • Dapat cash rebate pada 15hb bulan hadapannya sebanyak RM34.20
  • Dapat beli apa-apa vitamin lain atau skincar Youth dengan harga ahli dan nikmati penjimatan sehingga 25% tau!
Jadi, mari kita buat total penjimatan yang anda boleh dapat serta merta bila beli Twin Pax Vivix ni.

RM65.00 + RM10.00 + RM76.00 + RM34.20 = RM185.20

Siapa yang PATUT Dapatkan Promosi Twin Pax Vivix Ni?

  • Mereka yang nak jaga kesihatan secara premium, top to toe.
  • Mereka yang nak kulit yang sihat dan cantik.
  • Mereka yang nak badan cergas walaupun aktif berkerja.

Berminat Nak Grab Promosi Twin Pax Vivix Ni? Apa Lagi, Contact Asy Sekarang!


Boleh klik di bawah, untuk pendaftaran ahli dan dapatkan penjimatan sehingga RM185.20!


Pastikan anda dapatkan Vivix berserta konsultasi yang eksklusif daripada PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH seperti OV.

Boleh terus hubungi OV di WhatsApp, 0148516241 atau klik sahaja icon di bawah ini untuk terus contact OV.

Tuesday, July 2, 2019

Pengedar Shaklee Rantau Panjang & Bandar Sultan Sulaiman, Klang.

Assalamualaikum wbt. 

Lama sangat blog ni tak bertulis apa-apa. By the way, sempat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Raya, raya juga. Bisnes Shaklee tetap jalan. Sebab bisnes ni paling mudah nak buat dekat mana-mana pun. Dalam negara, luar negara. Yang penting, ada smartphone, ada internet, klik-klik saja order dan bisnes boleh onz.

Best, kan?

Pengedar Shaklee Rantau Panjang dan Bandar Sultan Suleiman, Klang.

Bagi yang tengah tercari-cari ejen Shaklee area Rantau Panjang Klang (bukan Kelantan okay) dan juga area Bandar Sultan Suleiman, anda dah jumpa ejen yang trusted tau.

Saya lah!

Siapa saya?

Ejen Shaklee Klang : Rantau Panjang dan Bandar Sultan Suleiman.


Siti Nur Asyrafiah binti Ahmad Sabri (ID: 1204544)

FB: Pengedar Shaklee Klang - 0148516241

Nombor telefon: 014 851 6241 (sms / WhatsApp)

Email: asyrafikri8890@gmail.com

Website: Ostajah Vitamin Stories 

COD area Port Klang, Bandar Sultan Suleiman, Flat Sri Perantau, Kampung Delek, Rantau Panjang, Bandar Klang.Pengeposan ke seluruh Malaysia.


Aktiviti Pos Shaklee by Asy.

Settlekan order by post sahaja. Mudah. Klik-klik je.

Pos pada customer yang repeat order untuk set penjagaan sendi.

Set Kurus Shaklee. Pos sahaja pada customer di Batu Caves.

Aktiviti COD Shaklee by Asy.

COD Performance Drink Lemon-Lime untuk bagi tak dahaga masa puasa.

Ready stock untuk COD pada customers.

COD Vita C Plus untuk dewasa dan Chewable C Plus untuk build imun kanak-kanak.

COD masa raya. Ni paling high demand tau masa raya. Bantu settlekan masalah sembelit khususnya.

Bawa mama walk in terus kat HQ Shaklee untuk dapatkan full-set Youth (skincare Shaklee)


Nak beli Shaklee jangan lupa roger Asy, klik je nombor telefon Asy ni, senang takyah nak save.

014-8516241

Sunday, September 16, 2018

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Krabi : Hari Pertama

Assalamualaikum wbt semua.

Terima kasih sebab terus stay tuned tungggu next entry dari OV. 

Untuk entry yang ni, OV akan ceritakan pengalaman by day di Krabi.



Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand.


Kami ambil flight yang pertama dari KLIA2, iaitu jam 7.30am Malaysia. Hanya ambil masa satu jam saja dari KL ke Krabi. Tak jauh pun. Tengah makan dalam flight, tak sempat sendawa dah sampai 😂.

Kemengantukan masing-masing.

On board meal. Kami beli atas flight je sebab tak buat pre-order. 

Airport Krabi ni kecil sahaja. Insya Allah takkan sesat. Sampai sahaja di balai ketibaan, perkara pertama yang OV buat, kami on handphone dan tengok line sebab kami roaming je.

Kami naik ke balai berlepas pula untuk settlekan masalah check in dari Krabi ke KL. Sekejap je staf Air Asia bantu selesaikan. 

Lepas selesai, kami pergi survey kenderaan apa yang berpatutan untuk kami guna nak ke hotel. Maklumlah, first time sampai negara orang sendirian berhad, tanpa guide. 

Tapi kawan-kawan jangan risau. Pergi ke Krabi  ni, public transport banyak dan mudah didapati.

Settle urusan imigresen, bolehlah cari transport yang sesuai untuk ke hotel. 
Tiket shuttle bus kami. 

Kami pilih naik shuttle bus ke hotel kami dengan harga 300THB untuk 2 orang (masa tu, OV tukar 100THB bersamaan RM12.49)

Kami dalam shuttle bus menuju je hotel. 

Seronok pilih naik bas ke hotel. Boleh tengok keadaan di Krabi sepanjang jalan. Boleh tengok macam-macam hotel lain yang berdekatan.

Balai polis di Krabi Town

Check-in Hotel The Verandah.


Waktu sebenar check-in ialah 2.00pm bersamaan 3.00pm Malaysia. Tapi alhamdulillah kami dapat check-in jam 9.30am sebab bilik dah sedia ada.

Hotel ni hotel 4 bintang dan kami book melalui aplikasi Traveloka. Harga untuk 3 hari 2 malam, RM227.10 termasuk 2 kali sarapan. 


Ni lah hotel kami menginap, The Verandah! 


Sampai je hotel, benda pertama kami buat ialah qada' tidur 🤣. Yelah sebab dari pukul 12.00am dah stay dekat KLIA2. Nervous punya pasal sebab first time urus sendiri flight. 

Lunch di Jame Food Centre (Halal Food).


Sebab ini kali pertama kami berdua redah negara orang sendiri. Jadi, bekal ilmu kami ialah bacaan blog-blog lain dan juga pengalaman kawan-kawan yang dah pernah sampai. 

Asasnya, tanyalah dahulu kedai tersebut halal atau tak sebelum makan. Alhamdulillah, Jame Food Centre ni penjualanya rata-rata Muslim. Masakan mereka pula ala-ala makanan Kelantan. Okaylah kan, lepas tekak. 

Ni kedai makan halal. Tak berapa jauh dengan Masjid Ao Nang. 

Kami makan ikan masak lemon, sayur goreng dan telur dadar. Air pula jus nanas fresh, no sugar. 

Jalan-Jalan Sekitar Masjid Ao Nang.


Siap lunch, kami jalan-jalan di sekitar Masjid Ao Nang. Mengikut bacaan OV, di sini souvenirs lebih murah dan banyak makanan halal juga murah harganya.



Maka kami beli siap-siap souvenirs. Dah settle souvenirs ni rasa lega sikit. Tinggal duit untuk cari pakej Island Hopping keesokan harinya.

Antara souvenirs yang dibeli buat keluarga dan sahabat terdekat. Ada juga beli poskad dan kirim terus kepada diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. 

Tips Beli Pakej Island Hopping di Krabi.


Tipsnya mudah, sabar dan jangan gopoh beli pakej Island Hopping, especially di airport. 

Kenapa? 

Sebab pakej ni bersepah-sepah dijual di kaki jalan. Dekat dengan hotel. Macam mana nak tau tempat tu ada jual pakej Island Hopping? 

Cari je kedai yang ada tulisan TOURIST INFORMATION dah confirm kedai tu ada jual pakej Island Hopping. Tinggal ikut kerajinan andalah larat nak survey banyak mana. 

Macam kami, 4 tempat je survey, tak larat nak survey banyak-banyak. Harga lebih-lebih kurang sahaja.

Pertama, pihak hotel tawarkan pakej Phi Phi Island & National Park, 1400THB per pax. Maksudnya, 2800THB untuk 2 pax.

Kedua, kami survey di kaki lima bangunan bertentangan hotel, menawarkan 2300THB bagi 2 pax untuk pakej yang sama.

Ketiga, selepas makan lunch, tuan kedai offer kami pakej Phi Phi Island & National Park, 2400THB untuk 2 pax.

Keempat, tempat kami survey yang terakhir sebelum balik hotel, rehat kejap sebelum sambung JJCM di sini, menawarkan harga 2200THB untuk 2 pax. Malas nak survey banyak-banyak, maka kami terus ambil.

Biasanya, pakej yang ditawarkan tak termasuk harga National Park (400THB per pax). Caj ini standard dan hanya terpakai untuk foreigner sahaja.

Yang penting, bila nak pilih pakej, pastikan tanya 3 benda ni,

👉 Ada sebarang extra caj?
👉 Include lunch?
👉 Lunch halal ke tak?

Ini ejen yang kami ambil untuk beli pakej Island Hopping. 

Dinner dan Rehat.


Lepas kami beli pakej Island Hopping, kami balik hotel untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Kemudian kami keluar dinner.

Kami beli makan malam berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Sebenarnya hotel kami tak lah dekat sangat atau jauh sangat dengan Masjid Ao Nang.

Kami dinner ayam bakar dan jagung bakar. Ada beli somtam juga di Jame Food Centre. 

Tapi, disebabkan kami dalam fasa eat clean (tapi tersasar juga), jadi kami pilih untuk berjalan kaki sebagai ganti exercise yang kami perlu buat. 

Sebenarnya okay je, tak jauh sangat. Frankly speaking, kami enjoy sepanjang travel di samping kawal makan dan banyakkan jalan kaki.

Siap dinner, kami patah balik ke hotel dan rehat. Kumpul tenaga untuk aktiviti esok, yeay! Tak sabar!

Tunggu entry OV yang seterusnya untuk OV kongsikan aktiviti hari kedua kami di Krabi, okay?

Jom baca di sini, full itinerari dan bajet OV di Krabi

Itinerari dan Kos Percutian 3 Hari 2 Malam di Krabi Tanpa Menggunakan Ejen Pelancongan.

Assalamualaikum wbt semua. 

OV miss uolz! Amboi kemain ha! Lama OV tak update blog ni. Bersawang teruk!

Jadi hari ni, OV nak kongsikan itinerari dan kos percutian OV dan suami selama 3 Hari 2 Malam di Krabi, Thailand.



Ini entry ringkas tentang itinerari dan kos sahaja. Dalam entri-entri selepas ni, OV akan cerita lebih details, aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam di Krabi, review tentang hotel dan juga pengalaman tak best OV di Krabi. 

Hari Pertama di Krabi, 8 September 2018.



  • Tiba di airport pada 7.30am Thailand (bersamaan 8.30am Malaysia) 
  • Naik shuttle bus ke hotel (The Verandah) 300THB (2 pax) 
  • Rehat di hotel
  • Lunch di James
  • Beli pakej Island Hopping (Phi Phi Island) 2,200THB (2 pax)
  • Beli souvenirs kedai sebelah Masjid Ao Nang 728THB 
  • Dinner dan rehat untuk aktiviti esok
  • Kos makan hari pertama, 1,002THB (2pax)

Total kos hari pertama : 4,230THB (RM528.30) 

Antara syarikat yang tawarkan perkhidmatan airport transfers ke hotel masing-masing. 

Dalam shuttle bus nak ke hotel. 

Dah sampai hotel, yeay! Nak tidur! Penat oi tak tidur malam sebelum flight. 

Late lunch. Jumpa kedai halal dan sedap. Makanan still like Malaysia lagi. Okaylah.

Tempat makan lunch tadi. Tak jauh sangat dengan Masjid Ao Nang. 

Antara souvenirs yang kami beli dekat kedai sebelah Masjid Ao Nang. 

Klik di sini untuk cerita penuh pengalaman kami pada hari pertama di Krabi.

Hari Kedua di Krabi, 9 September 2018.



  • Island Hopping (tour 6 islands include lunch buffet) Tiada extra charge melainkan ada nak beli makanan tambahan lain. 
  • Ambil shuttle van ke Night Market 300THB (2 pax) 
  • Beli couple shirt Krabi 210THB (2pax)
  • Dinner 510THB (2pax)
Total kos hari kedua : 1050THB (RM131.20)

Breakfast dulu. Ya ampun sedap gila! 
Sebelum buat aktiviti berat harini, kita bekalkan nutrisi yang cukup untuk badan. 

Excited betul nak island tour! 

Cantik kan saya? Eh salah. Laut belakang OV. 

Subahanallah! Tak putus memuji Allah untuk pemandangan yang indah ni! 

Sebelum balik, dapat buah nenas dan tembikai. 

Antara rare things dekat Night Market Krabi. 

Hari Ketiga di Krabi.


  • Makanan 90THB
  • Shuttle van ke airport 300THB (2 pax)
Total kos hari ketiga : 390THB (RM48.70)

Bye bye Krabi. 

Manual je wey. Blue screen pun ada satu je dekat luar. Tak sempat nak tengok. 

A wrap for our anniversary ❤️❤️❤️

Total Belanja Keseluruhan.


1) Flight, RM777.80

Kami book Air Asia pada bulan Disember 2017 semasa promosi. 

Harga di atas adalah return flight. Kami ambil flight paling awal ke Krabi dan balik kami ambil last flight. 

2) Grab, RM140.00

Kami ambil Grab saja nak ke KLIA2 dan dari KLIA2 ke rumah. 

Asalnya nak naik grab sampai ke ke AEON Bukit Tinggi dan ambil bas ke KLIA2. tapi harga tak jauh beza dengan ambil Grab dari rumah, so better ambil Grab saja daripada nak kena naik banyak-banyak transport.

3) Roaming, RM60.00

Kami tak beli simkad di Krabi sebab malas nak buka handphone, install sim baru.

Lagipun, jimat lagi roaming berbanding beli simkad dekat Krabi.

Harga simkad biasanya 299THB untuk seminggu, bersamaan RM38. Kalau anda pergi sampai seminggu, belilah simkad. 

Macam kami pergi 3 hari, so rasa lebih berbaloi roaming je. Kos roaming RM10 sehari. Jadi RM60 kos roaming untuk 2 orang, 3 hari di Krabi. 

4) Makan dan lain-lain kos, RM200.00

Ini lebih kepada kos makan, kos beli ubat diarrhea dekat Guardian, beli marker lah. 

5) Book Hotel The Verandah, RM221.70

Memandangkan kami sambil nak berhoneymoon, OV pilih hotel 4 bintang.

Kalau anda backpackers, banyak je hotel bajet yang lebih ekonomi dan sesuai. Boleh share bayar dengan kawan-kawan.

Hotel ni OV book bulan Februari 2018 guna apps Traveloka.

Review tentang hotel ni, OV akan up dalam entri seterusnya. Tapi apa-apa pun, OV memang puas hati dengan servis hotel ni.

Best sangat!

Nak akses ke laut pun dekat. 

Bawa Belanja di Krabi, 7,000THB = RM874.30 (masa OV tukar duit ni, 100THB bersamaan RM12.49)

Kos di Krabi = 5,670THB bersamaan RM708.20 (ada baki 1,330THB)

Kos di Malaysia = RM1399.50

Jumlah perbelanjaan keseluruhan, RM2,107.70.

Untuk yang bercadang nak ke Krabi tanpa menggunakan tourist guide atau ejen atau apa-apa pakej, tenang saja sebab Krabi ni selamat lagi bab transport mudah lagi dan murah. 

Okay, ni baru entri pertama. Akan ada sambungan entri ni tentang coretan OV di Krabi  

Stay tuned ya! 

Jumpa lagi dalam next entry! 


Saturday, August 25, 2018

Menu Sihat : Kerabu Ayam

Assalamualaikum dan selamat petang. 

Dua hari OV tak dapat bersiaran. Ada yang tertunggu-tunggu artikel OV? 

Okay baiklah, hari ni OV nak kongsu resepi sihat yang sangat sesuai untuk mereka yang nak kurus dan dapat khasiat seimbang dan juga untuk mereka yang nak eat clean. 

Memandangkan hari ini OV penat lepas program Korban di sekolah, jadi OV fikirkan menu yang ringkas tapi sihat. 


Menu Eat Clean : Kerabu Ayam.

Bahan-bahan :

1. Ayam
2. Daun ketumbar (ricik halus) 
3. Tomato (potong dadu) 
4. Air asam jawa
5. Limau kasturi
6. Garam (hujung sudu kecil aiskrim Baskin Robin tu) 
7. Bawang merah (dipotong nipis) 

Cara-cara :

1. Rebus ayam hingga empuk. Kemudian carikkan. (guna bahagian dada lagi best) 

2. Dalam satu bekas yang lain, campurkan daun ketumbar, bawang merah dan air asam jawa. Mesrakan mereka semua, berkenal-kenalan jangan sombong sangat. 🤭

3. Racikkan ayam, masukkan dalam bekas yang ada campuran daun ketumbar, tomato, bawang dan air asam jawa. Perahkan limau kasturi dan letakkan garam. Gaul bagi mesra.

4. Letakkan dalam mangkuk cantik-cantik, ambil gambar, post dalam SocMed, baru makan. 🤭



Inilah hasilnya.

Senang, cepat dan sihat. Itu yang penting. 

Okay, selamat ketemu dalam next entry.

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...