Sunday, September 16, 2018

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Krabi : Hari Pertama

Assalamualaikum wbt semua.

Terima kasih sebab terus stay tuned tungggu next entry dari OV. 

Untuk entry yang ni, OV akan ceritakan pengalaman by day di Krabi.



Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand.


Kami ambil flight yang pertama dari KLIA2, iaitu jam 7.30am Malaysia. Hanya ambil masa satu jam saja dari KL ke Krabi. Tak jauh pun. Tengah makan dalam flight, tak sempat sendawa dah sampai 😂.

Kemengantukan masing-masing.

On board meal. Kami beli atas flight je sebab tak buat pre-order. 

Airport Krabi ni kecil sahaja. Insya Allah takkan sesat. Sampai sahaja di balai ketibaan, perkara pertama yang OV buat, kami on handphone dan tengok line sebab kami roaming je.

Kami naik ke balai berlepas pula untuk settlekan masalah check in dari Krabi ke KL. Sekejap je staf Air Asia bantu selesaikan. 

Lepas selesai, kami pergi survey kenderaan apa yang berpatutan untuk kami guna nak ke hotel. Maklumlah, first time sampai negara orang sendirian berhad, tanpa guide. 

Tapi kawan-kawan jangan risau. Pergi ke Krabi  ni, public transport banyak dan mudah didapati.

Settle urusan imigresen, bolehlah cari transport yang sesuai untuk ke hotel. 
Tiket shuttle bus kami. 

Kami pilih naik shuttle bus ke hotel kami dengan harga 300THB untuk 2 orang (masa tu, OV tukar 100THB bersamaan RM12.49)

Kami dalam shuttle bus menuju je hotel. 

Seronok pilih naik bas ke hotel. Boleh tengok keadaan di Krabi sepanjang jalan. Boleh tengok macam-macam hotel lain yang berdekatan.

Balai polis di Krabi Town

Check-in Hotel The Verandah.


Waktu sebenar check-in ialah 2.00pm bersamaan 3.00pm Malaysia. Tapi alhamdulillah kami dapat check-in jam 9.30am sebab bilik dah sedia ada.

Hotel ni hotel 4 bintang dan kami book melalui aplikasi Traveloka. Harga untuk 3 hari 2 malam, RM227.10 termasuk 2 kali sarapan. 


Ni lah hotel kami menginap, The Verandah! 


Sampai je hotel, benda pertama kami buat ialah qada' tidur 🤣. Yelah sebab dari pukul 12.00am dah stay dekat KLIA2. Nervous punya pasal sebab first time urus sendiri flight. 

Lunch di Jame Food Centre (Halal Food).


Sebab ini kali pertama kami berdua redah negara orang sendiri. Jadi, bekal ilmu kami ialah bacaan blog-blog lain dan juga pengalaman kawan-kawan yang dah pernah sampai. 

Asasnya, tanyalah dahulu kedai tersebut halal atau tak sebelum makan. Alhamdulillah, Jame Food Centre ni penjualanya rata-rata Muslim. Masakan mereka pula ala-ala makanan Kelantan. Okaylah kan, lepas tekak. 

Ni kedai makan halal. Tak berapa jauh dengan Masjid Ao Nang. 

Kami makan ikan masak lemon, sayur goreng dan telur dadar. Air pula jus nanas fresh, no sugar. 

Jalan-Jalan Sekitar Masjid Ao Nang.


Siap lunch, kami jalan-jalan di sekitar Masjid Ao Nang. Mengikut bacaan OV, di sini souvenirs lebih murah dan banyak makanan halal juga murah harganya.



Maka kami beli siap-siap souvenirs. Dah settle souvenirs ni rasa lega sikit. Tinggal duit untuk cari pakej Island Hopping keesokan harinya.

Antara souvenirs yang dibeli buat keluarga dan sahabat terdekat. Ada juga beli poskad dan kirim terus kepada diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. 

Tips Beli Pakej Island Hopping di Krabi.


Tipsnya mudah, sabar dan jangan gopoh beli pakej Island Hopping, especially di airport. 

Kenapa? 

Sebab pakej ni bersepah-sepah dijual di kaki jalan. Dekat dengan hotel. Macam mana nak tau tempat tu ada jual pakej Island Hopping? 

Cari je kedai yang ada tulisan TOURIST INFORMATION dah confirm kedai tu ada jual pakej Island Hopping. Tinggal ikut kerajinan andalah larat nak survey banyak mana. 

Macam kami, 4 tempat je survey, tak larat nak survey banyak-banyak. Harga lebih-lebih kurang sahaja.

Pertama, pihak hotel tawarkan pakej Phi Phi Island & National Park, 1400THB per pax. Maksudnya, 2800THB untuk 2 pax.

Kedua, kami survey di kaki lima bangunan bertentangan hotel, menawarkan 2300THB bagi 2 pax untuk pakej yang sama.

Ketiga, selepas makan lunch, tuan kedai offer kami pakej Phi Phi Island & National Park, 2400THB untuk 2 pax.

Keempat, tempat kami survey yang terakhir sebelum balik hotel, rehat kejap sebelum sambung JJCM di sini, menawarkan harga 2200THB untuk 2 pax. Malas nak survey banyak-banyak, maka kami terus ambil.

Biasanya, pakej yang ditawarkan tak termasuk harga National Park (400THB per pax). Caj ini standard dan hanya terpakai untuk foreigner sahaja.

Yang penting, bila nak pilih pakej, pastikan tanya 3 benda ni,

👉 Ada sebarang extra caj?
👉 Include lunch?
👉 Lunch halal ke tak?

Ini ejen yang kami ambil untuk beli pakej Island Hopping. 

Dinner dan Rehat.


Lepas kami beli pakej Island Hopping, kami balik hotel untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Kemudian kami keluar dinner.

Kami beli makan malam berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Sebenarnya hotel kami tak lah dekat sangat atau jauh sangat dengan Masjid Ao Nang.

Kami dinner ayam bakar dan jagung bakar. Ada beli somtam juga di Jame Food Centre. 

Tapi, disebabkan kami dalam fasa eat clean (tapi tersasar juga), jadi kami pilih untuk berjalan kaki sebagai ganti exercise yang kami perlu buat. 

Sebenarnya okay je, tak jauh sangat. Frankly speaking, kami enjoy sepanjang travel di samping kawal makan dan banyakkan jalan kaki.

Siap dinner, kami patah balik ke hotel dan rehat. Kumpul tenaga untuk aktiviti esok, yeay! Tak sabar!

Tunggu entry OV yang seterusnya untuk OV kongsikan aktiviti hari kedua kami di Krabi, okay?

Jom baca di sini, full itinerari dan bajet OV di Krabi

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...