Thursday, July 4, 2019

Vitamin C dan Diabetis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis. 

Bagaimana dengan Mengamalkan 1000mg Vitamin C Setiap Hari Dapat Membantu Pesakit Diabetis?


  • Kawal paras glukosa dan mencegah komplikasi diabetis. 
  • Membantu membalikkan masalah rintangan insulin yang menjadi punca diabetis jenis 2 ini. 
Ini berdasarkan laporan kajian yang baru di terbitkan dalam Journal Diabetes, Obesity and Metabolism tahun 2019.

Berdasarkan kajian yang dilaporkan oleh Deakin University telah menunjukkan bahawa pengambilan suplemen vitamin C dengan dos 500mg dua kali sehari (total 1000mg sehari) membantu pesakit diabetes jenis 2 menurunkan paras glukosa darah mereka sepanjang hari dan mengurangkan pemuncakan glukosa darah selepas makan.

Kajian ini juga menunjukkan vitamin C juga membantu menurunkan paras tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara umumnya. Kajian ini mendapat geran daripada Diabetes Australia Research Trust.

Kesan Pesakit Diabetis yang Konsisten Mengamalkan 1000mg Vitamin C Setiap Hari.

Menurut ketua penyelidik Assoc Prof. Glenn Wadley daripada Deakin’s Institute for Physical Activity and Nutrition, kajian ini menunjukkan 36% peserta kajian mengalami penurunan paras glukosa darah selepas makan dengan pengambilan suplemen vitamin C ini. Ini mendedahkan mereka kurang tiga jam sehari kepada paras hiperglisemia (glukosa darah tinggi) yang mana ini akan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular di kalangan pesakit diabetes.

Kesan daripada kajian ini memberikan satu impak yang positif kepada 1.2 juta penduduk Australia yang mempunyai masalah diabetes. Kajian ini juga menunjukkan bacaan tekanan darah tinggi menurun selepas mengambil pil suplemen vitamin C yang diberikan kepada peserta kajian dengan kedua-dua paras sistolik dan diastolik menurun.

Vitamin C yang di ambil adalah 1000mg sehari iaitu 10 kali ganda daripada kadar RDA yang biasa di sarankan sebelum ini. Vitamin C adalah satu bahan anti oksidan yang kuat yang melawan paras tinggi radikal bebas yang didapati dalam tubuh pesakit diabetes dan penemuan kajian ini sangat menggalakkan kerana ia boleh membantu pesakit diabetes mengawal kedua-dua masalah iaitu paras glukosa dan tekanan darah tinggi yang selalu mereka hidapi.

Aktiviti fizikal, pemakanan yang baik dan ubat-ubatan anti diabetes adalah penjagaan standard yang diterapkan untuk mengawal penyakit diabetes dan banyak juga pesakit masih gagal mengawal paras glukosa mereka dengan baik. Penemuan kajian ini menjadi satu bukti bahwa pengambilan suplemen vitamin C adalah satu kaedah yang murah, mudah dan efektif sebagai rawatan tambahan untuk merawat masalah diabetes dan menambahbaik kawalan paras glukosa darah.

"Boleh ke Saya Makan Vitamin C Je dan Tak Makan Ubat Doktor?"

Berpandukan nasihat daripada Dr Norman Norawi, beliau menasihatkan kepada para pesakit diabetis untuk terus tetap makan ubat doktor perlu dimakan mengikut jadual dan dos yang ditentukan oleh pihak hospital. 

Ini kerana supplements ialah makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi bukanlah untuk menggantikan ubat doktor yang diberikan. Vitamin C hanya suplemen tambahan untuk membantu mengawal glukosa dengan lebih baik. 

Promosi Beli 3 Botol Vita-C Plus, PERCUMA 1 Botol Chewable-C Plus.


Berita baik untuk peminat setia Vitamin C Plus Shaklee atau anda yang mahu ikhtiar kesihatan yang lebih baik dengan Vita-C Plus Shaklee, bulan ni Shaklee buat promosi tau.

Beli 3 botol Vita C Plus, RM 292.50 



Berminat Nak Grab Promosi Vitamin C? Apa Lagi, Contact Asy Sekarang!


Boleh klik di bawah, untuk pendaftaran ahli dan dapatkan penjimatan sehingga 20% untuk pembelian vitamin setelah menjadi ahli!


Pastikan anda dapatkan Vita-C Plus Shaklee berserta konsultasi yang eksklusif daripada PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH seperti OV.

Boleh terus hubungi OV di WhatsApp, 0148516241 atau klik sahaja icon di bawah ini untuk terus contact OV.



Kredit Sumber Asal daripada Dr Norman Norawi MBBS, MSc(UCSI), MNM(ACNEM), FAGE. Boleh klik SINI untuk Status yang Asal.


Sumber Rujukan :


1. Shaun A. Mason Bodil Rasmussen Luc J.C. van Loon Jo Salmon Glenn D. Wadley. Ascorbic acid supplementation improves postprandial glycaemic control and blood pressure in individuals with type 2 diabetes: Findings of a randomized cross‐over trial. Diabetes, Obesity and Metabolism, Volume21, Issue 3, March 2019, Pages 674-682

2. Tamari, Y, Nawata, H, Inoue, E, et al. Protective roles of ascorbic acid in oxidative stress induced by depletion of superoxide dismutase in vertebrate cells. Free Radic Res. 2013; 47: 1‐ 7.

3. Frei, B, England, L, Ames, BN. Ascorbate is an outstanding antioxidant in human blood plasma. Proc Natl Acad Sci USA. 1989; 86:6377‐81.

4. Houstis, N, Rosen, ED, Lander, ES. Reactive oxygen species have a causal role in multiple forms of insulin resistance. Nature. 2006; 440: 944‐ 948.

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...