Sunday, September 16, 2018

Pengalaman 3 Hari 2 Malam di Krabi : Hari Pertama

Assalamualaikum wbt semua.

Terima kasih sebab terus stay tuned tungggu next entry dari OV. 

Untuk entry yang ni, OV akan ceritakan pengalaman by day di Krabi.



Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi, Thailand.


Kami ambil flight yang pertama dari KLIA2, iaitu jam 7.30am Malaysia. Hanya ambil masa satu jam saja dari KL ke Krabi. Tak jauh pun. Tengah makan dalam flight, tak sempat sendawa dah sampai 😂.

Kemengantukan masing-masing.

On board meal. Kami beli atas flight je sebab tak buat pre-order. 

Airport Krabi ni kecil sahaja. Insya Allah takkan sesat. Sampai sahaja di balai ketibaan, perkara pertama yang OV buat, kami on handphone dan tengok line sebab kami roaming je.

Kami naik ke balai berlepas pula untuk settlekan masalah check in dari Krabi ke KL. Sekejap je staf Air Asia bantu selesaikan. 

Lepas selesai, kami pergi survey kenderaan apa yang berpatutan untuk kami guna nak ke hotel. Maklumlah, first time sampai negara orang sendirian berhad, tanpa guide. 

Tapi kawan-kawan jangan risau. Pergi ke Krabi  ni, public transport banyak dan mudah didapati.

Settle urusan imigresen, bolehlah cari transport yang sesuai untuk ke hotel. 
Tiket shuttle bus kami. 

Kami pilih naik shuttle bus ke hotel kami dengan harga 300THB untuk 2 orang (masa tu, OV tukar 100THB bersamaan RM12.49)

Kami dalam shuttle bus menuju je hotel. 

Seronok pilih naik bas ke hotel. Boleh tengok keadaan di Krabi sepanjang jalan. Boleh tengok macam-macam hotel lain yang berdekatan.

Balai polis di Krabi Town

Check-in Hotel The Verandah.


Waktu sebenar check-in ialah 2.00pm bersamaan 3.00pm Malaysia. Tapi alhamdulillah kami dapat check-in jam 9.30am sebab bilik dah sedia ada.

Hotel ni hotel 4 bintang dan kami book melalui aplikasi Traveloka. Harga untuk 3 hari 2 malam, RM227.10 termasuk 2 kali sarapan. 


Ni lah hotel kami menginap, The Verandah! 


Sampai je hotel, benda pertama kami buat ialah qada' tidur 🤣. Yelah sebab dari pukul 12.00am dah stay dekat KLIA2. Nervous punya pasal sebab first time urus sendiri flight. 

Lunch di Jame Food Centre (Halal Food).


Sebab ini kali pertama kami berdua redah negara orang sendiri. Jadi, bekal ilmu kami ialah bacaan blog-blog lain dan juga pengalaman kawan-kawan yang dah pernah sampai. 

Asasnya, tanyalah dahulu kedai tersebut halal atau tak sebelum makan. Alhamdulillah, Jame Food Centre ni penjualanya rata-rata Muslim. Masakan mereka pula ala-ala makanan Kelantan. Okaylah kan, lepas tekak. 

Ni kedai makan halal. Tak berapa jauh dengan Masjid Ao Nang. 

Kami makan ikan masak lemon, sayur goreng dan telur dadar. Air pula jus nanas fresh, no sugar. 

Jalan-Jalan Sekitar Masjid Ao Nang.


Siap lunch, kami jalan-jalan di sekitar Masjid Ao Nang. Mengikut bacaan OV, di sini souvenirs lebih murah dan banyak makanan halal juga murah harganya.



Maka kami beli siap-siap souvenirs. Dah settle souvenirs ni rasa lega sikit. Tinggal duit untuk cari pakej Island Hopping keesokan harinya.

Antara souvenirs yang dibeli buat keluarga dan sahabat terdekat. Ada juga beli poskad dan kirim terus kepada diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. 

Tips Beli Pakej Island Hopping di Krabi.


Tipsnya mudah, sabar dan jangan gopoh beli pakej Island Hopping, especially di airport. 

Kenapa? 

Sebab pakej ni bersepah-sepah dijual di kaki jalan. Dekat dengan hotel. Macam mana nak tau tempat tu ada jual pakej Island Hopping? 

Cari je kedai yang ada tulisan TOURIST INFORMATION dah confirm kedai tu ada jual pakej Island Hopping. Tinggal ikut kerajinan andalah larat nak survey banyak mana. 

Macam kami, 4 tempat je survey, tak larat nak survey banyak-banyak. Harga lebih-lebih kurang sahaja.

Pertama, pihak hotel tawarkan pakej Phi Phi Island & National Park, 1400THB per pax. Maksudnya, 2800THB untuk 2 pax.

Kedua, kami survey di kaki lima bangunan bertentangan hotel, menawarkan 2300THB bagi 2 pax untuk pakej yang sama.

Ketiga, selepas makan lunch, tuan kedai offer kami pakej Phi Phi Island & National Park, 2400THB untuk 2 pax.

Keempat, tempat kami survey yang terakhir sebelum balik hotel, rehat kejap sebelum sambung JJCM di sini, menawarkan harga 2200THB untuk 2 pax. Malas nak survey banyak-banyak, maka kami terus ambil.

Biasanya, pakej yang ditawarkan tak termasuk harga National Park (400THB per pax). Caj ini standard dan hanya terpakai untuk foreigner sahaja.

Yang penting, bila nak pilih pakej, pastikan tanya 3 benda ni,

👉 Ada sebarang extra caj?
👉 Include lunch?
👉 Lunch halal ke tak?

Ini ejen yang kami ambil untuk beli pakej Island Hopping. 

Dinner dan Rehat.


Lepas kami beli pakej Island Hopping, kami balik hotel untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Kemudian kami keluar dinner.

Kami beli makan malam berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Sebenarnya hotel kami tak lah dekat sangat atau jauh sangat dengan Masjid Ao Nang.

Kami dinner ayam bakar dan jagung bakar. Ada beli somtam juga di Jame Food Centre. 

Tapi, disebabkan kami dalam fasa eat clean (tapi tersasar juga), jadi kami pilih untuk berjalan kaki sebagai ganti exercise yang kami perlu buat. 

Sebenarnya okay je, tak jauh sangat. Frankly speaking, kami enjoy sepanjang travel di samping kawal makan dan banyakkan jalan kaki.

Siap dinner, kami patah balik ke hotel dan rehat. Kumpul tenaga untuk aktiviti esok, yeay! Tak sabar!

Tunggu entry OV yang seterusnya untuk OV kongsikan aktiviti hari kedua kami di Krabi, okay?

Jom baca di sini, full itinerari dan bajet OV di Krabi

Itinerari dan Kos Percutian 3 Hari 2 Malam di Krabi Tanpa Menggunakan Ejen Pelancongan.

Assalamualaikum wbt semua. 

OV miss uolz! Amboi kemain ha! Lama OV tak update blog ni. Bersawang teruk!

Jadi hari ni, OV nak kongsikan itinerari dan kos percutian OV dan suami selama 3 Hari 2 Malam di Krabi, Thailand.



Ini entry ringkas tentang itinerari dan kos sahaja. Dalam entri-entri selepas ni, OV akan cerita lebih details, aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam di Krabi, review tentang hotel dan juga pengalaman tak best OV di Krabi. 

Hari Pertama di Krabi, 8 September 2018.



  • Tiba di airport pada 7.30am Thailand (bersamaan 8.30am Malaysia) 
  • Naik shuttle bus ke hotel (The Verandah) 300THB (2 pax) 
  • Rehat di hotel
  • Lunch di James
  • Beli pakej Island Hopping (Phi Phi Island) 2,200THB (2 pax)
  • Beli souvenirs kedai sebelah Masjid Ao Nang 728THB 
  • Dinner dan rehat untuk aktiviti esok
  • Kos makan hari pertama, 1,002THB (2pax)

Total kos hari pertama : 4,230THB (RM528.30) 

Antara syarikat yang tawarkan perkhidmatan airport transfers ke hotel masing-masing. 

Dalam shuttle bus nak ke hotel. 

Dah sampai hotel, yeay! Nak tidur! Penat oi tak tidur malam sebelum flight. 

Late lunch. Jumpa kedai halal dan sedap. Makanan still like Malaysia lagi. Okaylah.

Tempat makan lunch tadi. Tak jauh sangat dengan Masjid Ao Nang. 

Antara souvenirs yang kami beli dekat kedai sebelah Masjid Ao Nang. 

Klik di sini untuk cerita penuh pengalaman kami pada hari pertama di Krabi.

Hari Kedua di Krabi, 9 September 2018.



  • Island Hopping (tour 6 islands include lunch buffet) Tiada extra charge melainkan ada nak beli makanan tambahan lain. 
  • Ambil shuttle van ke Night Market 300THB (2 pax) 
  • Beli couple shirt Krabi 210THB (2pax)
  • Dinner 510THB (2pax)
Total kos hari kedua : 1050THB (RM131.20)

Breakfast dulu. Ya ampun sedap gila! 
Sebelum buat aktiviti berat harini, kita bekalkan nutrisi yang cukup untuk badan. 

Excited betul nak island tour! 

Cantik kan saya? Eh salah. Laut belakang OV. 

Subahanallah! Tak putus memuji Allah untuk pemandangan yang indah ni! 

Sebelum balik, dapat buah nenas dan tembikai. 

Antara rare things dekat Night Market Krabi. 

Hari Ketiga di Krabi.


  • Makanan 90THB
  • Shuttle van ke airport 300THB (2 pax)
Total kos hari ketiga : 390THB (RM48.70)

Bye bye Krabi. 

Manual je wey. Blue screen pun ada satu je dekat luar. Tak sempat nak tengok. 

A wrap for our anniversary ❤️❤️❤️

Total Belanja Keseluruhan.


1) Flight, RM777.80

Kami book Air Asia pada bulan Disember 2017 semasa promosi. 

Harga di atas adalah return flight. Kami ambil flight paling awal ke Krabi dan balik kami ambil last flight. 

2) Grab, RM140.00

Kami ambil Grab saja nak ke KLIA2 dan dari KLIA2 ke rumah. 

Asalnya nak naik grab sampai ke ke AEON Bukit Tinggi dan ambil bas ke KLIA2. tapi harga tak jauh beza dengan ambil Grab dari rumah, so better ambil Grab saja daripada nak kena naik banyak-banyak transport.

3) Roaming, RM60.00

Kami tak beli simkad di Krabi sebab malas nak buka handphone, install sim baru.

Lagipun, jimat lagi roaming berbanding beli simkad dekat Krabi.

Harga simkad biasanya 299THB untuk seminggu, bersamaan RM38. Kalau anda pergi sampai seminggu, belilah simkad. 

Macam kami pergi 3 hari, so rasa lebih berbaloi roaming je. Kos roaming RM10 sehari. Jadi RM60 kos roaming untuk 2 orang, 3 hari di Krabi. 

4) Makan dan lain-lain kos, RM200.00

Ini lebih kepada kos makan, kos beli ubat diarrhea dekat Guardian, beli marker lah. 

5) Book Hotel The Verandah, RM221.70

Memandangkan kami sambil nak berhoneymoon, OV pilih hotel 4 bintang.

Kalau anda backpackers, banyak je hotel bajet yang lebih ekonomi dan sesuai. Boleh share bayar dengan kawan-kawan.

Hotel ni OV book bulan Februari 2018 guna apps Traveloka.

Review tentang hotel ni, OV akan up dalam entri seterusnya. Tapi apa-apa pun, OV memang puas hati dengan servis hotel ni.

Best sangat!

Nak akses ke laut pun dekat. 

Bawa Belanja di Krabi, 7,000THB = RM874.30 (masa OV tukar duit ni, 100THB bersamaan RM12.49)

Kos di Krabi = 5,670THB bersamaan RM708.20 (ada baki 1,330THB)

Kos di Malaysia = RM1399.50

Jumlah perbelanjaan keseluruhan, RM2,107.70.

Untuk yang bercadang nak ke Krabi tanpa menggunakan tourist guide atau ejen atau apa-apa pakej, tenang saja sebab Krabi ni selamat lagi bab transport mudah lagi dan murah. 

Okay, ni baru entri pertama. Akan ada sambungan entri ni tentang coretan OV di Krabi  

Stay tuned ya! 

Jumpa lagi dalam next entry! 


Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...