Saturday, August 18, 2018

Percutian 2 Hari 1 Malam di Regalia Suites & Residence.

Assalamualaikum semua.

Harini, OV nak buat ala-ala throwback tentang short vacay OV dan suami masa bulan Mac haritu. Nama pun short vacay, haruslah dekat-dekat sahaja kan. 

Bulan Mac merupakan bulan yang istinewa, sebab birthday kami suami isteri bulan Mac.

Jadi, kami telah mengambil keputusan untuk short vacay di Regalia Suites & Residence di Kuala Lumpur. 



Regalia Suites & Residence, Kuala Lumpur.


On last March, we were here, alhamdulillah!

Besaq weyyyy. Peghak (jakun) kami

Ini kali pertama kami check in di hotel 4 bintang. Jadi masa sampai tu, wow sangat rasanya. 

Pemandangan dia memang best. Sejuk sebab ada pokok-pokok. Hotel ni terletak betul-betul belakang dengan Sunway Putra Mall. 

Masa sampai je di hotel, OV terus contact Mala. Mala ni staff hotel. Jadi segala urusan booking dan bayar hotel, kami buat dengan beliau. Memang friendly dan sangat membantu. 

Jom, layan dulu gambar-gambar kami di sana. 
Sebelah katil ada tingkap. Sebelum tidur boleh say, Hi KLCC. Bangun tidur boleh lagi Hi KLCC. Ewah! 

Happy birthday abang. 

Sebab ada orang ittew dok zikir brownies aje. Kita kasi chancelah.  

Lunch merangkap dinner. Nasi Arab duaaaa. Lepak dekat Sunway Mall. Sedapppp

Hi KLCC. Gud night! 

Jom terjunnnn. 

Macam mana? Best tak? 😉

Kos Penginapan di Regalia Suites & Residence.


Tujuan OV kongsi adalah sebagai panduan kalau anda nak bercuti ke sini.

Harga asal ialah RM280.00 untuk satu malam. Tapi, lepas riki-riki, dapatlah harga RM250.00 semalam. 

Oh ya. Bilik yang view KLCC lebih mahal dari bilik yang viewnya hanya pool.

Review Tentang Regalia Suites & Residence.


Inilah part paling penting untuk anda tahu sebelum anda book sesuatu hotel. Ini adalah pandangan peribadi kami ya. 

1, Kebersihan bilik. Memang selesa. Ada dapur untuk memasak, ada fridge, siap ada pan. Cuma takde minyak je nak buat masak. 

2, Air conditioner. Tak tau aircond tu yang masalah atau kami yang tak reti pasang. Sudahnya, tak tidur atas katil sebab aircond tak kena katil. Hahaha lawak betul. 

3, Pool. Pakai pakaian pool. Pergilah swimming time siang atau malam, yang penting view sama cantik. Kami tak swim sebab tak bawak pun baju swimming. 

4, Mudah nak akses ke mana-mana dari hotel, hanya dengan jalan kaki saja. Kami makan di Sunway Putra Mall. Jalan kaki je dari hotel. Lepas makan, window shopping. Maigadddd, rasa macam di sorga tauuu. 

5,  Internet dia lajuuuu gila! No worries sebab ada password wifi disediakan. So, yang datang sambil nak buat kerja pun okay sangat sebab internet laju!

6, Ada banyak kemudahan dalam hotel. Ada gym, ada mini market, ada self dryer, free parking.

Sebenarnya, teringat-ingat short vacay di sini. Should repeat or not ya? 😂

Oh ya. Kalau nak mudah booking, boleh terus hubungi Mala, 012-9872360. 

Okay, nantikan cerita travel OV seterusnya. Lebih kepada flashback short vacay gitu. 🤭🤭

Thanks for reading guys! See you next entry! 



No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...