Friday, August 17, 2018

Percutian 2 Hari 1 Malam di Bagan Lalang.

Assalamualaikum wbt. 

Alhamdulillah selamat sudah sesi short vacay OV dan suami di Bagan Lalang. Kami pilih tempat dekat-dekat je sebab fikir suami OV yang biasanya sampai rumah dah malam. Jadi, tak berbaloilah nak book 2 malam kan.

Jom, OV share pengalaman OV di Bagan Lalang ni.



Tempat Penginapan : Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang.


Harga penginapan 1 malam, RM144.

Tapi, disebabkan  Traveloka ada lancarkan program "Refer A Friend" , untuk first time guna apps Traveloka, boleh dapat 15% diskaun.

Maka OV dengaan gembiranya minta suami OV untuk download apps dan book guna ID beliau. Dapatlah harga 2 hari 1 malam. Berserta breakfast untuk 2 orang, RM112.40.

Kawan-kawan yang first time guna Traveloka, dialu-alukan untum guna referral code macam dalam gambar di bawah ni ye.
Masukkan referral code masa nak bayar tu tau. Nanti dia akan tolak 15% daripada harga booking.

Ini pula OV attach gambar dalam bilik yang kami dah booking.

1 katil king dan 1 single bed. 

Tea corner tapi kami tak guna pun. 

Ehem. Ini bukan disediakan oleh pihak hotel ye. Ini yang kami bawa untuk pastikan percutian kami best dan tip top. 

Vitamin wajib bawa ketika saya travel ialah,

❤️ Vitamin C untuk pastikan imun sentiasa dalam keadaan tiptop. Juga sebagai preparation kalau tiba-tiba selesema ke rasa nak demam.

❤️ B Complex, untuk bantu lancarkam perjalanan darah, bekalkan vitamin B yang lengkap pada badan dan bertindak sebagai anti-stress

❤️ CoQ Trol, ni vitamin paling penting kalau nak travel ke nak lasak ke tak lasak ke. Sebab apa? CoQ Trol ni macam suis bagi badan kita bertenaga sentiasa. Cergas sepanjang hari gittew.

❤️ Alfalfa, memang makan untuk jaga kesihatan dalaman wanita dan juga "ubat cerry berry" untuk asben kalau beliau salah makan. Alfalfa kasi push out semua toksin tu tau.

❤️ Ostematrix ni macam biasalah. Bagi relax otot lepas buat macam-macam aktiviti seharian. And the most important, dia supply kan kalsium yang cukup untuk tulang kita tau.

❤️ Last but not least, Youth Starter Set. Ini skincare kami berdua. Skincare yang selamat, terbaik dan proven. Nak tahu lebih lanjut tentang Starter Set, boleh klik SINI.

Aktiviti di Bagan Lalang.


Disebabkan kami hanya spend 2 hari 1 malam, jadi tak banyak aktiviti yang kami buat.

Sabtu, 11 Ogos 2018.


Lepas Asar kami jalan kaki dari hotel menuju ke pantai. Kami tak mandi pantai pon.


Lepas ambil angin di tepi pantai, kami cari tempat untuk makan malam.

Kami makan malam di sini,


Ini yang kami makan.

Dapat welcoming drinks. 

Tambah nasi satu mangkuk biasa macam mangkuk nasi lemak tu, kami share berdua, dan air suam 2, total harga RM150. Fuhhh

Rate? 10 bintang.

✔️ Layanan tip top.
✔️ Servis laju.
✔️ Makanan pun sedap, lagi sedap daripada Medan Selera Ikan Bakar Jeram dan Ikan Bakar di Melaka.
✔️ Siap ada welcoming drinks lagi.

Lepas makan dengan banyak sampai rasa nak muntah, kami bakar kalori dengan jalan kaki balik ke hotel. Sambil tengok bintang. Sambil nyanyi twinkle twinkle little stars  🌟🌟🌟

Ahad, 12 Ogos 2018. 


Seronok bila book hotel sekali dengan breakfast ni. Tak payah kalut nak cari breakfast apa semua.

Lepas breakfast, kami berehat di bilik. OV siapkan artikel blog tentang testimoni vivix untuk masalah kencing manis.

Siap-siap kemas dan kami ambil kesempatan jalan di pantai sementara air tengah surut. Angin pun sepoi-sepoi bahasa.

Bergambar depan hotel dulu. 

Elok sangatlah untuk orang-orang yang stress macam kami berdua ni. 🤭

Yang kecik cenonet tu, Avani Gold Coast Sepang. 


Terima kasih sudi meluangkan masa baca catatan ringkas OV short vacay. Insya Allah bulan 9 kami akan travel ke luar negara. First travel kami suami isteri. Doakan dipermudahkan segala urusan kami.

Jumpa lagi.

Salam sayang,
Ostajah Vitamin. 

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...