Friday, May 4, 2018

Kenapa Kita Perlu Detox?

Assalamualaikum wbt semua. 

Berjumpa lagi dalam entri yang ketiga Ostajah Vitamin. 

Kali ini, Ostajah nak kongsi tentang topik perbualan majoriti wanita, "Kita nak kurus, jadi kita senam je lah. Kenapa nak kena detoks?" 


Sebelum kita buat sesuatu, kita kena tahu sebabnya, kan? Jadi kita lebih jelas matlamat dan tujuan kita buat sesuatu.

Okay, mari kita semak, selain daripada kita bersenam dan jaga makan, kenapa kita perlu detoks.

Kenapa Kita Perlu Detoks?

1. Menyingkirkan logam berat terutamanya plumbum dan merkuri dari badan. 

Dalam tak sedar, badan kita mengandungi plumbum dan merkuri yang mana berpunca daripada persekitaran dan juga makanan kita sendiri.

Contoh makanan yang tinggi kandungan merkuri seperti ikan sebelah, ikan pari dan ikan bawal. Haaaaaa jaga-jaga kawan-kawan. Masa makan, memang semua sedap. Bila sakit, kita saja tau yang tanggung rasa tu.

Sedapnya ikan pari masak asam pedas. Tapi hati-hati kawan. Kandungan merkuri pada ikan pari. 

2. Menyucikan organ dalaman kita terutamanya hati, ginjal dan otak daripada toksin. 

Saaaangat penting untuk kita jaga kesihatan dan pemakanan kita. Bila lewat tidur, ia mungkin akan menyebabkan kerosakan pada hati, sebab hati kita mula memproses toksin untuk dibuang sekitar jam 10.00pm. Kalau kita tidur lambat, macam mana proses pembuangan toksin nak berlaku dengan lancar?

Itu belum masuk bab makan macam-macam, macam-macam warna masuk dalam badan, tapi air kencing maintain warna putih. Kemana warna-warna tadi pergi? Pernah tak kita terfikir tentang itu?

Saya pernah berjumpa dengan seorang lelaki, mengalami masalah hati. Muda lagi, berumur 31 tahun, baru setahun berkahwin dan belum mempunyai anak. 

Penyakit hari ini, dia tak kenal usia tau. Muda atau tua bukan ukuran nak dapat penyakit. Ukurannya, jaga atau tak jaga makan.

3. Detoks membantu memperkuatkan bakteria baik di dalam usus. 

Tahu tak kita, bahawa badan kita sangat memerlukan bakteria baik dalam badan untuk membantu sistem penghadaman badan kita berjalan lancar? 

Apakah fungsi bakteria baik pada badan kita? 

Bakteria baik bukan sahaja membantu menghasilkan nutrien seperti vitamin, tetapi juga mmebantu badan kita menghadamkan makanan yang dimakan.

Boleh bayangkan, bagaimana jika usus kita kotor, tak pernah dibersihkan. Bagaimana bakteria baik nak wujud? Bagaimana bakteria baik ni mampu nak bagi manfaat pada badan kata usus kita kotor?

Dah cuci usus dengan pil Herblax Shaklee? 

Sebab itu, kita perlu "bersihkan" usus melalui proses detoks agar sistem penghadaman berjalan lancar. 

4. Sistem imun dapat dicaj semula melalui proses detoks. 

Sistem imuniti badan adalah untuk menjaga badan kita daripada serangan kuman, toksin, bakteria dan parasit misalnya. 

Bagaimana sistem imuniti kita

Sebagai contoh, hidung mengeluarkan mukus yang mengandungi enzim  yang bertindak sebagai dinding memecahkan sel bakteria. 

Mulut kita pula, menghasilkan air liur yang mengandungi anti-bakteria. 

Tapi, jika badan kita sendiri kotor, tak pernah dibersihkan, bagaimana sistem imuniti badan nak melindungi kita? 

5. Proses detoks juga secara tak langsung membantu membuang parasit. 

Seperti yang kita sedia maklum, parasit ni adalah sejenis hidupan yang hidup dalam badan kita, yang hisap nutrisi badan kita, hingga satu tahap, kita boleh mati kerana ketiadaan nutrisi.

"Eh, macam mana pula tak ada nutrisi? Saya makan buah, makan makanan seimbang. Macam mana nutrisi boleh tak ada?" 

Parasitlah yang dah sedut-sedut segala khasiat yang sepatutnya disalurkan kepada badan kita.

Cuba tengok gambar di bawah, mana tau kita sebenarnya diserang parasit dalam keadaan kita tak sedar. 



Okay, sampai di sini dulu perkongsian Ostajah. Insya Allah lepas ni Ostajah akan sambung dengan 5 jenis detoks yang terbaik. 

Jumpa lagi entri akan datang. Assalamualaikum wbt 😊

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...