Thursday, May 3, 2018

Percutian 2 Hari 1 Malam ke Port Dickson

Assalamualaikum wbt semua! 

Hai! Hai!

Kali ini, Ostajah nak kongsi cerita tentang percutian ringkas Ostajah di Port Dickson sempena cuti Hari Buruh yang lepas. 

Kami sebenarnya merancang di saat-saat akhir untuk pergi percutian ringkas ni. Asalnya, kami mahu bertolak seawal jam 4 pagi dari Klang ke Port Dickson untuk menikmati sunrise dan mandi-manda. Tapi bila fikir punya fikir, risau penat pula. 

Jadinya, kami tempah hotel melalui aplikasi Traveloka. Alhamdulillah, paling seronok sebab walaupun tempahan saat akhir, kami dapat tebus kupon diskaun sebanyak 14%. Daripada RM 122.17, jadi RM105.07 sahaja! Dah jimat di situ. 

My favorite site untuk book hotel. 

Maka, bermulalah percutian singkat kami ke Port Dickson. Kami telah memilih Hotel Seri Malaysia Port Dickson berdasarkan ulasan-ulasan mereka yang telah menginap di sana.

Oh ya. Percutian singkat kami kali ini ditaja oleh untung runcit hasil bisnes Shaklee kami pada bulan April. Alhamdulillah! (laju betul reward diri) 

Hari Pertama.

Kami tiba di hotel sekitar jam 10.00 malam. Daftar masuk dan terus dapat kad akses bilik dan kupon sarapan untuk pagi esok. 

Mari kami belanja gambar dalam bilik kami. 

Kupon untuk sarapan esok hari. 

Dapat katil bujang sebab last minute book. 😂😂😂

Coffee table yang disediakan. 

Paling tak menahan, tandas pun tandas single! Mandi bergilirlah jawabnya. 😂
Opsss. Ini pihak hotel tak sediakan. Ini vitamin yang kami takkan tinggal makan untuk pastikan percutian kami berjalan lancar dan gembira. 

Dah selesai letak beg, kami baring sekejap melepaskan penat. Kemudian, kami keluar dari hotel untuk mencari makan malam. Dalam kereta tadi ratah ayam saja. Ingatkan mampu bertahan. ESP pula tak bawa.

Kami hanya jalan kaki sahaja, pergi ke fokd truck di sekitar pantai. Tapi tak ada yang menepati selera kami. 

Kami teruskan berjalan dan jumpalah kedai ini. Lupa pula nama kedainya, tapi menu istimewa mereka ialah Char Kue Tiaw. 

Ini dia hasil tangkapan kami untuk makan malam. Dahsyat ke tak? 

Dah siap makan, kami pun berjalan kaki pulang ke bilik. Telan 4 biji Ostematrix setiap orang untuk pastikan esok kami bangun dengan cergas dan tanpa lenguh-lenguh. Baca doa dan tidur. 

Hari Kedua.

Bangun hari ini dengan gembira dan ringan badan. Selepas solat Subuh, kami terus capai pill box dan telan Vitamin C untuk pastikan imun dalam keadaan tip top. Telan B Complex untuk bantu melancarkan perjalanan darah dalam badan kami. Kemudian, kami terus bersiap sedia untuk bersarapan.

Muka seronok dapat makan. 

Muka malas bergambar sebab lapar 😆

Lepas sarapan, lari-lari masuk bilik. Tukar baju dan seluar mandi. Kemudian, sediaaaaa! Serang pantai Port Dickson!!!

Masa sampai tu, memang alhamdulillah sebab air dah banyak. Malam tadi airnya surut. 

Teruslah kami berjalan, mencari tempat untuk kami letakkan kasut sebelum kami masuk ke dalam pantai.

Alhamdulillah, cuaca tak panas sangat, sebab masih pagi, kan. Air pun makin dalam. Kami mula menikmati keindahan ciptaan Allah. 

Rasa nak sangat tangkap gambar tapi risau telefon tenggelam dalam pantai. Jadi, batalkan saja harapan nak berhipster di pantai.

Mandi. Bersembang. Perhatikan gelagat orang lain. Seronok rasanya sebab tak fikir pasal kerja. Tak fikir pasal sekolah.

Lebih kurang jam 10.30am, kami naik semula ke darat. Nak bersiap-siap bersihkan diri dan check out dari hotel.

Muka seronok lepas berendam dalam pantai yang bersih dan cantik. 

Okay, dah sampai masa check out. 

Hotel Seri Malaysia Port Dickson memang best! 

Alamak, tak nampak pula gambar bendera Negeri Sembilan.

Selamat tinggal Hotel Seri Malaysia Port Dickson. Sangat seronok di sini. Sarapan sedap. Bilik yang selesa. Staf pun ramah. 

Sebelum balik, kami telan Alfalfa untuk kikis kotor-kotor pada usus ni dan bantu melawaskan lepas makan. Jadi, tak adalah makanan berpuluh-puluh tahun bergembira dalam usus sampai berkerak kotor usus tu, ye dak? 

Terus cari makan tengah hari. Tak ingat kedai apa sebab lapar kan (baru lepas mandi). Dalam perjalanan pulang pula, hujan turun dengan lebat dan kami melajakkan percutian singkat kami ke Mid Valley untuk menghantar Set Vitamin untum Cacar @ chicken pox kepada seorang anak baru. 

COD Vitamin berserta Starter Kit untuk Ahli Baru Shaklee. 

Syukur, bisnes yang sangat fleksibel. Di mana-mana pun boleh berlangsung transaksi. 

Okay, sampai sini dahulu coretan Ostajah Vitamin. Nanti kita sambong story-story lagi ya. 

Jumpa lagi dalam entri akan datang. 

Assalamualaikum 😀

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...