Sunday, May 13, 2018

Aktiviti Tambah Ilmu dan Tambah Kawan bersama Team Stargazer.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setelah dua hari bercuti bersempena pembentukan Kerajaan Malaysia yang baharu, kami juga telah memanfaatkan masa yang ada untuk melakukan anjakan paradigma dalam memperkukuhkan bisnes kami.

Jam 7.35am dah bergerak nak pergi kelas. Yeahhh! 

Kelas Bisnes Shaklee : "Bina StoryBrand Melalui Blog" di Ara Eventhall Gaya Melawati, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, dapat juga saya datang di Ara Eventhall untuk tambah ilmu. Apa yang paling buat saya laaaaagi gembira, anak-anak buah saya yang aktif bisnes pun, ada sekali turun padang. 

Sebenarnya, merekalah kekuatan saya nak join sekali kelas bina bisnes dengan blog ni. Takkanlah anak-anak bisnes je ada. Mak bisnesnya tak ada. Tak syoklah macam tu.

Dari kiri, Najihah, OstajahVitamin, Che Norhafizah. 

Ilmu Bina Bisnes dengan Blog yang Berbaloi!

Yuran yang dikenakan hanyalah RM55.00 sekepala. Kelas bermula dari jam 9.30am sehingga 4.30pm.

Ilmu yang kami dapat? 

Banyak, tak terkira!

Bagaimana Bina StoryBrand di Blog. 

The Power of SEO. 

Makan pun, banyak jugak. 🤭🤭🤭 Tak sempat lapar rasanya semalam. Lupa pulak nak ambil gambar makanan semalam, sebab seronok bersembang dengan kawan-kawan. 

Suasana Kelas di Ara Eventhall.

Antara kemudahan yang dusediakan di Ara Eventhall ialah :
  • Percuma Wifi
  • Kelas yang ber-aircond
  • Kelas yang besar dan selesa 
  • Kemudahan PA system dan LCD juga bagus. 
  • Ada tandas dan surau dalam kelas. 
  • Dinding-dinding yang penuh dengan quote. Elok sangat untuk bergambar. 
  • Ruang makan yang minimalist. 

Pendek kata, daripada 5 bintang, Ostajah Vitamin bagi 4.5 bintang.
Hanya ada tangga untuk naik ke tempat seminar. Tidak mesra stroller bagi ibu-ibu yang bawa stroller. 
Kelas kami sebelum semua mula datang. 

Breakfast 

Cantik kan tempat makan dia? Layan je. Tapi, mejanya tak berapa kukuh tau 🤭

Suasana dalam kelas. Cantik kan? 
Sebab ada banyak quote, menjadikan kami gila bergambar sejam. 🤭

Bersama Team Stargazer yang Happening!


Alhamdulillah. Selain daripada dapat ilmu, kami juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli, yang selama ni kami keep in touch secara maya sahaja.

Mentang-mentanglah sekarang dunia alam maya lebih mendominasi dari dunia sebenar, kan? Bila sesekali dapat jumpa secara real dengan mereka, memang seronok!
Kesemua peserta yang berkomitmen tinggi datang ke kelas. 

Part of my beloved team - iVital! 

Sebelah saya yang pakai shawl bunga-bunga itulah mentor saya, KekLin namanya. 

Team Stargazer dari Muar. Semangat betul diorang! Cemburu dengan semangat tu! 

Bersama sidelines Stargazer. 

Okay, sampai sini dahulu yang nak dikongsikan. Insya Allah, ada banyak lagi yang Ostajah Vitamin nak kongsi dalam entri-entri akan datang.

Jangan jemu follow tulisan Ostajah ye. 😁😁😁

Jumpa lagi di lain entri.

Assalamualaikum wbt 😊


No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...