Monday, July 9, 2018

Pengedar Shaklee Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang

Assalamualaikum wbt

Lama tak bersiaran dalam blog. Kira ni ala-ala come back gituh. Aci ke tak aci? Hihihi. Masih belum terlambat untuk OV ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca semua. Dah Syawal yang ke-25 dah ye. Sekejap saja masa berlalu, kita dah berada di penghujung Syawal.

Siapa OV?

Hai semua! Sayalah OV a.k.a Ostajah Vitamin. 

Mungkin ada yang belum kenal siapa OV, kan? Jadi, marilah kita beramah mesra memanjang silaturrahim.

Nama penuh OV, Siti Nur Asyrafiah Binti Ahmad Sabri. Nama pendek, Asy. Nama dalam blog OV. Oh ya. OV bukanlah merujuk kepada OVARI ye. OV bermaksud Ostajah Vitamin. Panjang sangat kalau nak tulis Ostajah Vitamin, kan? Kita tuliskan aje OV. Hihi

OV full time sebagai hamba Allah, isteri orang dan juga seorang guru. Manakala secara part time, OV merupakan Pengedar Shaklee Klang yang sangat aktif tau. Kak Long Shaklee Klang gituh.

Dalam bidang Shaklee, OV merupakan pengasas bagi kumpulan iVital.

Sejak Bila OV Berkecimpung dalam Dunia Shaklee?


Asalnya, pada tahun 2011, OV terjebak dengan Shaklee ni sebab OV punya supplement untuk masalah resdung masa tu makin mahal yang melampau. Sebotol tahan setengah bulan dan OV perlu consume 2 jenis. Sebotol lebih kurang RM60. Sebulan kos ubat resdung OV ialah RM240. Melampau sangat sebab masa tu OV masih student lagi.

OV Google lah set resdung dan masa tu OV tak percaya sangat online-online ni. Makanya OV cari pengedar Shaklee yang boleh pas barang by hand pd OV. Sekali OV consume 2 jenis juga, Vita-C Sustained Release dan juga Alfalfa dengan kos RM124. Vitamin C boleh tahan 6 bulan. Alfalfa tahan sebulan. Okaylah tu kan? Jauh gila beza harga. Jimat duit OV.

Tahun 2015, selepas perlaksanaan GST, OV mendaftar sebagai ahli. Masa tu, makan je. Malas nak bisnes-bisnes. Sebulan lepas OV kahwin, iaitu bulan Oktober 2016, OV mula bergiat dengan laju dalam bisnes Shaklee. Masih setia dengan bisnes Shaklee sampai sekarang, alhamdulillah.

Kenapa OV Pilih Bisnes Shaklee dan Tinggalkan Total Bisnes Tudung OV?


Okay, sebenarnya sebelum bertemu dengan bisnes Shaklee, OV adalah Founder Shawl Drawer, yang mana OV buat sendiri shawl dan tudung bawal dari material chiffon dan chiffon glitter. Tapi satu hari, upline OV iaitu Neni Ayu ada post dalam group wassap Aryan Legacy, siapa yang nak buat bisnes Sahklee dengan guidance step-by-step, boleh drop komen sebab kami akan dimasukkan dalam group bernama StarGazer yang dikelola oleh Neni Lin Chalo.

Daripada situlah OV belajar, macam mana cara nak post iklan, share info, post testimony di Facebook dan Instagram. Memang step-by-step diajar oleh neni Lin Chalo. Rugi siapa yang tak follow. OV pun start lambat sebab OV nak fokus majlis kahwin OV bulan September 2016. Tu yang bulan Oktober 2016 baru OV jalankan bisnes dengan kencang.

Perkara paling penting, OV bisnes vitamin kesihatan, bukannya tudung. Off course banyak terms kesihatan, terms of vitamin, terms of diseases yang OV kena tahu. Masa tu, Kak Zefa lah mangsa pertanyaan OV yang bertalu-talu. Terima kasih banyak-banyak pada uplines OV yang sentiasa sabar layan semua pertanyaan OV.

OV rasa kelainan bisnes Shaklee dan bisnes tudung.


  • OV makin ramai kawan yang positif dan supportive. 
  • Uplines yang tak kedekut ilmu dan sentiasa bagi semangat. 
  • Cara mengendalikan perniagaan dengan cara bersistematik, bukan main redah saja. 
  • OV tak payah simpan stok walaupun yang paling murah sekali untuk dijual. Bila customer order, OV boleh order online sahaja. Shaklee yang uruskan pengeposan. Dah jimat masa OV tak perlu beratur lama-lama di Pejabat Pos. Kalau OV bisnes shawl dulu, leceh sebab OV nak kena update warna apa yang ada kat kedai. Kalau warna tu takde dalam stok OV, OV kena pegi Klang beli kain. Lepastu OV buat sendiri tudung. Dah siap, OV nak kena pergi pos lagi. Fuhhhh. Penat. 
  • Untung kalau OV jual sebotol vitamin adalah 6 ke 7 kali ganda dari OV jual sehelai tudung atau shawl. 
  • Bisnes Shaklee bagi OV peluang untuk travel ke luar Negara, full-sponsored oleh Shaklee. (This is my dream tau!)
·         Baaaaaaanyak lagi benefit OV dapat tau!

OV dalam kelas Bina Bisnes Melalui Blog dengan anak-anak buah iVital 

OV di rumah mentor untuk kelas Business Growth bersama ahli iVital. 

OV bersama Pakar Blog Shaklee dalam Majlis Master Celebration. 

OV di Shaklee National Convention 2018 bersama anak buah iVital. 

My best partner ever - my husband! 

Pencapaian OV dalam Bisnes Shaklee.

Bebas Hutang PTPTN dengan bonus Setahun bisnes Shaklee.


Setiap orang, mesti ada big why dia kenapa dia buat bisnes, kan? Awal-awal dulu, big  why OV ialah untuk cepat-cepat release stress daripada kena bayar hutang belajar, especially hutang PTPTN. Stress gile tau bila OV ada hutang PTPTN ni sebab hutang PT nilah yang tau naik, tak reti turun.

Tahun pertama OV buat Shaklee, suami tak masuk campur pun sebab beliau sibuk dengan kerja beliau. Sebelum ni, beliau kerja bahagian retail. So, memang OV all out buat. Kumpul bonus setahun pertama bisnes Shaklee dan bayar lump sum baki hutang PTPTN OV. Sekarang ada 3 lagi hutang study dan 1 hutang kereta yang nak kena dipenggal lehernya.

Alhamdulillah, OV dah berjaya langsaikan baki hutang dengan hasil bisnes Shaklee tahun yang pertama. 

Travel Menggunakan Bonus Shaklee.


Ya, Shaklee memang ada sponsor trip percutian 5 bintang buat achiever yang menepati semua qualification yang ditetapkan.

OV dah settle PTPTN, maksudnya OV dah boleh bebas terbang ke oversea Alhamdulillah! Here we go, our first travel ke oversea ialah Krabi, Thailand bulan September ini insya Allah.

Tak sabarnya nak jejak Krabi September nanti! 

Anda dah ada bonus Shaklee? Apa yang anda buat dengan bonus tersebut?

Kalau anda belum pernah dapat lagi bonus Shaklee, kena laju-laju join team OV tau. Nanti OV cerita kat bawah pasal team OV.

Kenapa Perlu Beli Shaklee dengan OV?


  1. OV akan pastikan vitamin yang bersesuaian untuk bantu menyelesaikan masalah pelanggan-pelanggan OV, melalui konsultasi yang eksklusif.
  2. OV akan guide anda cara makan vitamin yang berkesan.
  3. OV juga menawarkan perkhidmatan COD bagi pelanggan sekitar Pelabuhan Klang, Rantau Panjang, Sungai Sireh dan Kampung Delek. Bagi pelanggan yang jauh-jauh, OV boleh pos Shaklee terus kepada anda, jangan risau. Pos juga takkan mengambil masa yang lama untuk sampai kepada anda.

Bagaimana Nak Beli Vitamin Shaklee dengan OV?


Boleh private message OV di Facebook OV atau terus WhatsApp OV di 0148516241.

Anda tak perlu pun simpan nombor telefon OV. Klik saja button di bawah ni, anda akan terus boleh contact dengan OV.

Klik saja sini untuk neli Shaklee dengan OV ya! 

Jumpa lagi dalam next entry. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Vitamin C dan Diabetis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.  Harini OV nak share tentang kaitan Vitamin C dengan penyakit diabetis.  Bagaimana...